Santai 15 Oct, 2019

HIDUP LEBIH INDAH BILA JADI PEMAAF DAN SUKA MINTA MAAF

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this
ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi. 

Kongsi minda, bersih jiwa.

Renungan.

Jadilah seorang pemaaf

Segera minta maaf walau tidak salah

Adakah anda seorang pemaaf?

Sifat seorang pemaaf memberikan kesan dalam hidup kita. Secara tidak langsung kita tahu hati budi orang berkenaan.

Akan tetapi hajat yang ingin disampaikan masih tidak dijadikan amalan. Kita masih berat mulut hendak minta maaf bila buat kesilapan.

Kebiasaannya, perkataan maaf yang diungkapkan, menjadi kata kunci yang terbit dari bibir setiap kali kita melakukan kesalahan. Ia sangat manis jika diterima dengan positif.

Tetapi sejauh mana kata maaf itu terkesan di hati kita? Dan pernahkah kita menyelami maknanya yang sebenar dalam kehidupan kita?

Jika ya, alhamdulillah. Jika tidak, jom hayati erti kemaafan sebenarnya.

Kemaafan bukan dendam.

Ia tindakan bijak.

Membetul segala kesilapan.

Kemaafan daripada Allah.

Kemaafan daripada manusia

Dua perkara sama

Ada hubung kaitnya

Yang Allah suka

Sebagai manusia kita perlukan kedua-duanya, kerana kita melakukan kesilapan terhadap Allah SWT, begitu juga dalam hubungan kita sesama manusia.

Sangat sesuai untuk meminta maaf dan memaafkan.

Lihatlah akan luasnya kemaafan Allah SWT kepada hamba-Nya yang sentiasa mengharapkan keampunan dari-Nya.

Jika kita rasa dosa kita sebesar gunung, rahmat Allah lebih besar daripada itu. Jangan pernah jemu memohon keampunan Allah juga sesama kita kerana maaf boleh mendidik kita lebih berhemah. Pahalanya juga berganda.

Jangan malu hendak minta maaf.

Jangan kedekut hendak memaafkan

Jika kita melakukan kesilapan, segeralah memohon kemaafan daripada mereka yang terbabit, kerana perbuatan yang menyakiti hati orang lain, boleh menyebabkan hati kita terus tertutup dalam perhubungan sesama manusia.

Begitu juga sebaliknya, bukan mudah untuk memberikan kemaafan, ada juga yang tidak boleh memaafkan sampai bila-bila.

Sehingga kita jadi pendendam.

Ini perlu dielak!

Apakah hukum meminta maaf tetapi tidak dimaafkan sedangkan kita sudah berbuat demikian tapi tiada respons daripada orang tersebut?

Jika ini berlaku ia bukan lagi salah kita. Itu antara mereka dengan Allah. Tanggungjawab kita telah selesai.

Ingatlah...

Memohon maaf dan memaafkan adalah dua perkara yang amat dituntut dalam Islam untuk kita semua membuat kebaikan sesama manusia. Begitu juga mengakui kesilapan dan kesalahan walaupun kita tidak bersalah.

Pun begitu, jangan berputus asa.

Buat macam biasa.

Jangan sekali-kali kita tidak memaafkan orang yang meminta maaf daripada kita.

Minta maaf lebih mulia dari memaafkan.

Jika sudah minta maaf berkali-kali, tapi tak dimaafkan, tidak mengapa. Biarkan mereka.

Apapun, berdamai itu lebih baik. Tak perlu berdendam hanya kerana perkara kecil .

Kita ini bukan hidup lama, ada kelemahan pula itu.

Oleh itu, amalkanlah selalu meminta maaf kepada mereka yang berkaitan, seandainya kita yang bersalah atau sebaliknya kerana dengan kemaafan juga boleh memperbaiki hubungan silaturrahim.

Mengapa perlu bermasam muka sedangkan setiap hari kita berjumpa?

Kan lebih seronok bila saling tegur menegur dan berkasih sayang! .

🌹❤️ Bermaaf maafan, buang dendam. Berkasih sayang, hidup pun tenang 🌹❤️

1
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago