Santai 10 Dec, 2019

'GAJAH VS GAJAH' DI HK, SEMUA KENA TEMPIASNYA

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this
KEMELUT di Hong Kong mungkin menjadi asabab merancakkan lagi ketegangan baru di rantau Asia apabila China yang marah dengan campur tangan Amerika Syarikat, mengumumkan tidak membenarkan lagi kapal perang dan pesawat tentera AS singgah di kota rebutan antara prodemokrasi dan komunis. : KitaReporters.com

Gambar-gambar oleh MayJames dan Tom Grundy HKFP HongKong Free Press.


Pada saat perbincangan tentang hubungan dagangan dua hala menemui jalan buntu, jurucakap kepada Menteri Luar China, Hua Chunying dalam satu interview kepada CNN, berkata China telah bersetuju menangguhkan dan akan kaji semula permohonan oleh kapal perang dan pesawat tentera AS untuk berlabuh dan melawat Hong Kong.

Minggu lalu, Presiden AS, Donald Trump menandatangani undang-undang hak asasi dan Akta Demokrasi yang membolehkan AS melaksanakan sekatan dagangan termasuk menggantung status perdagangan khas jika melanggar hak asasi itu.

Akta itu dilihat oleh China, 'sengaja' menyokong prodemorkasi di Hong Kong untuk terus mengadakan protes sebagai salah satu usaha 'membebaskan' Hong Kong daripada penguasaan China Komunis.

Sebagai tindak balas Menteri Luar yang menyifatkan AS berlagak sebagai pembuli, tidak peka pada fakta isu dan secara terbuka menyokong keganasan jenayah di republik itu, China telah mengharamkan kapal dan pesawat AS daripada singgah di pelabuhannya.


Sebelum itu, USS Blue Ridge, kapal tentera laut AS, telah singgah pada April 2019. Sebaik Trump meluluskan akta itu, kapal perang AS tidak akan lagi dibenarkan singgah di pelabuhan yang sangat dirindui anak-anak kapalnya untuk berehat selepas lama di lautan?

Serentak itu juga, Kerajaan China turut memutuskan untuk mengenakan sekatan ke atas NGOs yang berpaksikan AS kerana berkelakuan biadab kerana menyokong 'penduduk anti-China' dan turut membantu perusuh 'terbabit dalam jenayah ekstrem' sepanjang demonstrasi yang melanda Hong Kong sejak enam bulan lalu. 

Ini termasuk National Endowment For Democracy, National Democratic International Republican Institute, Human Right Watch dan Freedom House, kata Hua sambil  menyifatkan campur tangan Trump tu sebagai "perbuatan serius pembabitan AS dalam hal-ehwal Hong Kong dan politik dalaman negara China."


Bagi sesetengan penduduk Hong Kong, undang-undang yang ditandatangani Trump itu seolah-olah memberi sokongan moral dan kemenangan kepada mereka yang berhimpun sejak Jun lalu. 

Kisahnya bila AS menyokong hak kebebasan itu, bermakna Tanah Besar akan dikenakan sekatan dagangan dan beberapa status yang akan menjejaskan lagi eonomi pulau itu yang terkenal sebagai negara utama sektor perbankan dunia, jika mereka ' berkasar' dengan perusuh itu.

AS juga boleh mengambil tindakan sekatan perjalanan ke atas pihak yang dipercayai terbabit dalam menahan, mendera dan paksaan pengakuan atau apa saja yang disabitkan dengan pelanggaran hak asasi manusia antarabangsa. 


China sebuah negara terbesar dunia yang dulu pernah 'dibuli' oleh Great Britain lebih 100 tahun lalu sehingga tergadainya, pulau Hong Kong. Ketika itu, China melaksanakan polisi tutup pintu perniagaan ketika industri candu yang merosakkan penduduknya.

Selepas England melepaskan Hong Kong kepada China yang memberi kuasa semiautonomi  dan beberapa keistimewaan lain termasuk ekonomi bebas, kali ini sekali lagi China 'diikat kaki tangan' oleh AS pula dalam mengawal Hong Kong. 

Ini yang menyebabkan China menyifatkan campur tangan AS, sebagai sengaja membuli kerajaan dan penduduk tanah besar.

Malah kerajaan proksi China- Hong Kong turut kesal kerana undang-undang yang ditandatangan oleh Trump itu, tidak perlu kerana sebenarnya AS tidak mengambil peduli isu yang ditimbulkan berulang kali oleh HongKong. 

Walaupun AS menyebut perihal hak asasi, sebenarnya motif utama adalah untuk menguat kuasa dan mengawal eksport Hong Kong yang langsung tak ada kaitan dengan hak asasi manusia. - KitaReporters.com

0
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago