Santai 13 Dec, 2019

WOW!! 3 EMAS GUNA KASUT DARIPADA PEMBALUT

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
KASUT untuk bersukan biasanya berharga lebih mahal daripada kasut sebagai pakaian harian. Namun, bagi remaja yang tidak terlahir kaya, membeli kasut mahal bahkan tidak terlintas pada fikiran. : KitaReporters,com

Bahkan, fikiran kreatif mendorong seseorang untuk membuat sendiri kasut sukannya.

Ketika beberapa rakannya membuat persiapan menyertai pertandingan larian dengan mempunyai kasut lari yang agak mahal, kanak-kanak  berusia 11 tahun ini melakukan perkara berbeza.

Dipetik  dari laporan World of Buzz, persiapan yang dilakukan oleh Rhea Bullos,11, dari Balasan, Filipina, sangat kreatif. Dia membuat kasut larinya sendiri.

Kasut sukan buatan sendiri Rhea daripada pembalut (bandage).

Rhea adalah wakil sekolah rendah Salvacian bagi menyertai pertandingan yang dikenali sebagai Iloilo Sports Council Meet (Kejohanan Majlis Sukan Iloilo).

Untuk kasut berlari, Rhea hanya menggunakan pembalut (bandage) yang dililitkan ke kaki dan pergelangan kakinya sehinggga menyerupai bentuk kasut.

Dia kemudian, hanya untuk pencitraan jenama, logo Nike dilukiskan di bahagian atas pembalut.

Dan dengan 'kasut lari' ciptaannya, gadis ini berjaya memperoleh 3 pingat emas untuk larian perempuan bagi jarak 400 m, 800 m dan 1,500 m.

Ghea bersiap untuk menyertai satu pertandingan

Kejayaannya dengan hanya memakai kasut sukan buatannya menjadi perbincangan ramai termasuk para netizen.

Dalam satu wawancara dengan sebuah media, dia mengatakan bercita-cita untuk mewakili Filipina suatu hari nanti.

Apa yang dilakukan oleh Rhea dan kejayaan yang diperolehnya boleh menjadi peransang bagi golongan kurang berada untuk melangkah jauh walaupun dalam keterbatasan. - KitaReporters.com

5
1
0
1
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago