Santai 23 Feb, 2020

NEELOFA RANCANG NAELOFAR UNTUK "GO FAR"

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

Siapa tidak kenal dengan selebriti, pengacara dan usahawan bernama Nor Neelofa Mohd Nor atau lebih popular disapa Lofa. Sejak dinobatkan sebagai Juara Dewi Remaja 2009/10, wanita berusia 31 tahun ini tidak pernah menoleh ke belakang setelah menceburkan diri dalam industri seni hiburan apatah lagi sebagai pengasas jenama pakaian wanita Muslimah, Naelofar Hijab. : KitaReporters.com


Bagi yang mengenali ‘wanita besi’ ini tentu tahu hasratnya bukan sahaja mahu jenamanya hanya dikenali di pasaran tempatan tetapi mahu melebarkannya sebagai satu jenama yang menjadi sebutan di bibir-bibir rakyat seluruh dunia. 

Barangkali atas tujuan itu jugalah kita sering mendengar Neelofa jelajah ke luar negara khususnya menghadiri pertunjukan fesyen dan bertemu pereka-pereka fesyen terkenal dunia.

Terkini, dengan penjenamaan semula Naelofar Hijab kepada Nealofar sahaja dengan label berlogokan abjad tunggal ’N’, Lofa yakin mampu menembusi pasaran antarabangsa hingga ke London, Paris, Dubai dan kota-kota fesyen lain yang terkenal di dunia.

Logo baharu berkenaan memaparkan warna jenama baharu Naelofar Orange, yang mencerminkan kekuatan dan keberanian jenama tersebut.

Logo 'N' lambang terbaharu jenama Naelofar.


Selari dengan identiti baharunya itu, matlamat utama penjenamaan semula Naelofar adalah untuk memperkasakan wanita dalam membuat keputusan dan pemilihan pakaian Muslimah dengan misi "Go Far". 

“Dengan arah tuju baharu ini, saya berharap Naelofar dapat memberi inspirasi untuk merubah persepsi masyarakat terhadap pilihan wanita dalam era dan zaman moden ini, “ ujar Lofa ketika ditemui pada pameran penjenamaan semula jenama Naelofar di Menara Ken, Taman Tun Dr. Ismail pada Sabtu, 15 Februari 2020.

Majlis turut dihadiri ahli keluarganya termasuk ibu, Datin Noor Kartini Noor Mohammed serta kakaknya, Noor Nabila serta barisan pereka fesyen yang terbabit dalam penjenamaan semula produknya. 

Malah Lofa turut mengundang penyanyi Aina Abdul bagi menghiburkan para tamu yang hadir dan pada kesempatan itu juga Aina meraikan ulang tahun kelahiran Lofa yang sebenarnya jatuh pada 10 Februari iaitu lima hari terdahulu.


Ibu Lofa, Noor Kartini (tengah) dan kakaknya, Noor Nabila (kiri) tidak ketinggalan bersama meraikan kejayaan Lofa, manakala gambar atas memperlihatkan Aida Abdul (kiri) turut menyampaikan lagu ulang tahun kelahiran Lofa.


"Saya juga mahu golongan wanita tahu bahawa mereka tidak perlu takut untuk maju ke hadapan dan tidak membiarkan jarak mengehadkan mereka kerana satu-satunya halangan untuk berjaya adalah diri sendiri. 

"Saya mencipta Naelofa supaya setiap wanita dapat terus maju ke hadapan. Selebihnya bergantung kepada diri mereka sendiri,” tambah bekas pengacara ‘Meletop’ ini.

Kejayaan yang diterokai kini sudah tentu dicapai hasil daripada ketekunan diri, apatah lagi sebagai lulusan Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran menambahkan lagi keyakinan dalam mengendalikan sebuah perniagaan.

Didorong oleh semangat untuk mencipta kelainan serta memberi peluang kepada wanita lain, penjenamaan semula Naelofar sudah pastinya membolehkan jenama itu memberi inspirasi kepada wanita moden pada hari ini untuk tampil berkeyakinan dengan pemakaian mereka.

Bersempena dengan arah tuju baharu jenama tersebut, Naelofar bakal mengeluarkan koleksi “The Go Far Collection’’, menampilkan koleksi segar, ‘edgy’ dan moden. 

Koleksi terbaharu Lofa mengetengahkan rona oren, hitam dan putih.


Malah koleksi tersebut yang dijangka berada di pasaran tidak lama lagi melalui pembelian dalam talian, mengetengahkan grafik polos, rekaan berjalur dan unik serta berani, sekali gus melambangkan arah tuju baharu yang tertulis dalam DNA jenama Naelofar. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Naelofar atau teruskan mengikuti perkembangan terkini di laman sosialnya di Instagram dan Facebooknya.

Sementara itu, sebagai anak seni, Lofa tidak pula mahu meninggalkan bidang lakonan, di mana khabarnya bakal berlakon dalam sebuah filem di Indonesia.


“Saya mahu melebarkan sayap saya dalam lakonan dan bisnes di Indonesia, jadi saya perlu aktif berada di sana dan dengan tawaran yang diberikan sudah tentu saya akan merebutnya,” ujar Lofa yang kini sedang belajar bercakap dalam loghat Indonesia.

Dengan kemajuan itu, Lofa dijangka berada di Indonesia buat beberapa bulan, malah mungkin akan menyewa rumah di sana bagi memudahkannya bergerak sambil merencanakan pembukaan pasaran produk Naelofar di negara kepulauan terbesar di dunia itu. - KitaReporters.com

Lofa bergambar bersama teamnya yang bekerja keras bagi menjayakan penjenamaan Naelofar.

0
1
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago