Santai 28 Oct, 2019

SUDAHKAH ANDA MANJAKAN DIRI HARI INI??

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel: normalahamzah251@gmail.com

Share this
ASSALAMUALAIKU dan selamat pagi. 

Kongsi minda, bersih jiwa


Renungan.

Manjakan diri

Hak kita didik hati jadi baik

Hargai diri sendiri

Penghargaan terhadap diri sendiri adalah martabat diri atau gambaran diri kita yang sebenar. Dengan kata lain kepercayaan diri yang ada hubung kait dengan cara menghargai diri sendiri.

Senang cakap, manjakan diri sendiri.

Luangkan masa berkualiti untuk diri

Jika tidak kita, siapa yang akan manjakan diri kita?

Dalam apa jua situasi, dahulukan diri sendiri sebelum ambil berat hal orang.

Bukan pentingkan diri tapi sebagai langkah beringat. Agar hidup mendapat berkat.

Dalam perjalanan hidup, segalanya berkemungkinan. Sebelum terkena, baik bersedia.


Bagaimana kita memandang diri sendiri, sangat terkesan terhadap segala bentuk kehidupan kita, sama ada dalam kalangan keluarga, tempat tinggal, dan di pejabat. Cara bergaul juga mencerminkan diri kita.

Kalau tak kenal diri kita, macam mana hendak kenal diri orang.

Mengenali diri sendiri juga mempengaruhi sikap kita dalam menentukan tujuan hidup kita sama ada untuk gagal atau berjaya.

Orang yang percaya kepada dirinya adalah mereka yang berdamai dengan kehidupan dan memiliki ketahanan diri yang tinggi untuk mengatasi masalah-masalah dalam hidup mereka.

Sebaliknya mereka yang tidak ada keyakinan akan gagal dan ketinggalan. Tidak ada kemajuan hidup. Sentiasa dalam keliru dan tidak fokus.

Semakin tinggi kita kenal diri kita, apakah akan membuatkan kita menjadi sombong?

Jawapannya tidak jika tahu maknanya secara mendalam. Jika kita yakin dengan diri kita, hormat orang, orang juga akan hormat kita.

Tidak akan timbul masalah sombong bila kita berbaik sangka dengan orang.

Malah orang akan suka dan sayang.


Ingatlah..

Diri kita hak kita.

Orang lain tak perlu campur.

Akan tetapi apabila seseorang itu tidak lagi percaya dengan dirinya sendiri, maka mereka akan menggadai kehidupan mereka pada hal-hal yang negatif.

Mereka tidak rasa bersalah walaupun buat silap.

Sebelum terlambat baik muhasabah diri.

Perbaiki mana perlu.

Teguhkan iman

Yakin dan cekal

Percaya dengan kebolehan

Sentiasa positif

Usaha selagi daya

Jaga maruah, jaga nama

Ingat kepada Dia

Orang hanya melihat, kita yang menanggung.

Kita mudahkan urusan orang, Allah permudahkan urusan kita.

Oleh itu jangan berhenti sebelum tercapai apa yang dihajati. Kerana nawaitu baik, Allah akan bantu.


❤️🌹 Jika selalu fikir tidak boleh, kita sebenarnya sedang menjemput kegagalan. ❤️🌹


1
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago