Santai 20 Jan, 2020

MAK HANTU!! BUKAN! POCONG... POCONG JADIAN

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

BAYANGKAN perjalanan kita melalui jalan yang kosong dan gelap diganggu oleh pocong yang berlegar di tengah-tengah jalan, pasti mahu terkencing kan!. : KitaReporter.com

MS mengakui mahu beraksi menjadi pocong sekadar suka-suka di jalan Mustafa Sulawesi Selatan, baru-baru ini.


Itu yang berlaku kepada penduduk di Jalan Mustafa, Sulawesi Selatan selepas ‘diganggu’ oleh pocong. Tapi pocong yang berlegar itu bukan yang 'real' tapi adalah jelmaan semata-mata.

Selepas hampir seminggu ‘menjelma’ akhirnya pocong jadian tersebut diberkas pasukan polis.

Hahaha... Akhirnya jatuh ke tanah jua! Tu la sapa suruh kau nakal suka usik orang …

Penanahan berkenaan menjadikan seorang remaja berusia 17 tahun yang dikenali MS sebagai suspek utama.

Menurut MS dari Gowa, Sulawesi Selatan itu aktiviti menjadi pocong itu adalah untuk menyakat orang ramai yang melalui jalan berkenaan yang berhampiran sebuah taman.

MS diberkas ketika sedang ‘beraksi’ sebagai pocong di sebuah tasik yang sering dikunjungi golongan muda-mudi.

PENAHANAN berkenaan dilakukan berikutan aduan orang ramai yang sering melihat pocong sedang berlegar di jalan raya sehingga mengganggu orang ramai yang melalui kawasan berkenaan.


MS kini ditahan di Balai Polis Gowa.

Penahanan MS itu dibuat berikutan aduan orang ramai dan seorang  individu mendakwa dia nyaris terjatuh motosikalnya selepas melihat kelibat 'pocong' di Jalan Mustafa.

Katanya, ketika melihat pocong itu yang sedang melalui jalan berkenaanm, sekali gus membuatkan dia terkejut sehingga hampir jatuh.

KETIKA disiasat MS mengakui aktiviti menjadi pocong dilakukan selepas tamat bekerja sebagai perunding perkahwinan.


Keadaan tersebut membuat penunggang motosikal itu panik.

Ketika disoal siasat, MS berkata, dia yang terlibat dalam perniagaan perunding perkahwinan, namun beraksi pocong itu sekadar suka-suka.

Lagipun aktiviti berkenaan dilakukannya sebaik selesai kerja.

Pesanan tok nenek dulu, jangan menyusahkan orang! Nanti memakan diri sendiri.

Inilah akibat, tiada kerja cari kerja kini merana dalam lokap! - KitaReporter.Com

 

 

3
2
0
8
1
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago