Santai 05 Feb, 2020

MAK OII!! HARMONIKA SANGKUT DI DALAM MULUT

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this
NIAT hati mahu menghibur tapi lain pula yang jadi… lebih teruk menyakitkan pula dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Itu yang berlaku kepada seorang remaja dari Ontario, Kanada yang berdepan detik mencemaskan ketika mahu menghiburkan sepupunya sendiri. : KitaReporters.com

MOLLIE masih sempat merakamkan video lucu meskipun dalam keadaan kesakitan semata-mata mahu menghiburkan sepupunya sendiri. - Kredit foto Daily Mail.


Malangnya, intrumen muzik yang digunakan  tersangkut di dalam mulutnya.

Akibat kejadian itu, pelajar Sekolah Tinggi Ontario itu terpaksa dikejar ke hospital semata-mata untuk mengeluarkan instrument tersebut.

Alahai! Tak ada kerja pegi cari kerja… sekarang dah sakit!

Kelakarnya… meskipun dalam keadaan kesakitan Mollie O’Brien masih sempat merakam sebuah video lucu di akaun media sosial, TikTok yang memaparkan harmonika tersangkut di dalam mulutnya.

Video berdurasi 15 saat itu kini mendapat lebih 1.7 juta tanda 'suka'.

Memetik laporan Daily Mail, Mollie sempat merakam video lucu dalam akaun TikTok miliknya dengan latar belakang lagu "I Just Did A Bad Thing dendangan Bill Wurtz".

TERPAKSA dikejarkan ke hospital bagi mengeluarkan instrumen berkenaan selepas merasakan kebas dan sakit di bahagian mulutnya.


Remaja berkenaan turut menulis lirik pada video tersebut dan merakam beberapa bahagian wajahnya hingga membuatkan ramai yang tertanya-tanya.

Dia kemudian menyedari ada sesuatu yang ‘tidak kena’ pada dirinya lalu mengakui perkara berkenaan.

"Saya baharu sahaja melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Saya menyesal dengan yang telah dilakukan.

"Anda mungkin tertanya-tanya apa yang telah saya lakukan.

"Saya telah memasukkan keseluruhan harmonika ke dalam mulut dan kini ia tersekat," tulisnya sambil mendedahkan keseluruhan wajahnya.

Meskipun pada awalnya dia merasakan situasi itu kelakar, namun selepas 30 minit dia mula berasa sakit dan kebas.

Harmonika, sejenis instrumen muzik yang digunakan oleh Mollie untuk menghibur. - Gambar hiasan.


"Setiap kali saya bernafas, ia mengeluarkan bunyi bising. Saya sendiri sebenarnya tak tahu bagaimana harmonika boleh tersangkut," tulis gadis itu lagi.

Semoga kejadian itu menjadi pengajaran kepada kita semua, jangan pula ada yang meniru aksi berkenaan yang membahayakan diri sendiri.

Jom kita saksikan detik mencemaskan Mollie seperti yang turut dipaparkan di YouTube. - KitaReporters.com

Video asal TikTok Mollie boleh disaksikan di https://www.tiktok.com/@mollieobrien/video/6786738000958131462 


1
0
2
21
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago