Santai 26 Sep, 2019

KONGSI MINDA BERSIH JIWA: KITA UBAH ATAU KEADAAN UBAH KITA

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this
Assalamualaikum dan selamat pagi. Kongsi minda, bersih jiwa.

Gambar dari https://pixabay.com/id/


Renungan

Buat sekarang

Atau tidak buat langsung

Sedarlah daripada mimpi

Jangan ambil mudah bila merasa kecewa kerana kita sebenarnya terlepas peluang untuk berubah.

Sebabnya, kita tidak pernah serius dalam bertindak.

Secara logik, kita boleh memilih sama ada untuk melakukan sesuatu dengan cara terbaik atau sambil lewa.

Yang mana pilihan kita?

Sama ada memilih untuk mengubah keadaan hidup kita sekarang atau membiarkan keadaan hidup kita mengubah kita.

Malah kita boleh mengawal diri kita sendiri.

Jangan berharap kepada nasib. Tetapi berharaplah kepada tindakan yang tepat dan betul. Ia membawa kita ke jalan yang direda Allah

Demikian juga apabila telah berada dalam zon selesa, jangan leka sebab peluang akan muncul dengan sendiri tanpa disedari. Dan ia tidak datang lagi.

Ibarat kata, api yang menjulang-julang bermula dengan percikan api. Begitu juga tindakan yang sedikit tapi bijak menghasilkan kejayaan yang besar.

Selagi ada masa buatlah apa yang boleh memberi manfaat. Cuba sedaya upaya, gandakan usaha. Selebihnya berdoa.

Ingatlah...

Bekerjasama adalah lebih baik daripada bersaing.

Berhasil atau tidak kita yang menentukan arahnya. Buktikan kita hebat, tunjukkan kita kuat. Kita boleh buat.

Kebanyakan orang yang gagal mencapai tujuan hidup mereka adalah kerana mereka tidak mengambil tindakan yang pertama untuk mencapainya.

Mereka lupa kejayaan besar bermula dari peluang kecil.

Orang yang berjaya tidak berputus asa. Mereka rebut semua peluang yang ada. Tidak memilih dan selalu positif.

Jadi, di mana kita?

Mulakan sekarang atau tengok sahaja orang berjaya?

❤️🌹 Sedarlah dari mimpi, kejar impian. Di penghujungnya ada kejayaan, ada kebahagian. ❤️🌹

1
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago