Santai 16 Dec, 2019

ANAK LELAKI DIKURUNG MENTUA MATERIALISTIK

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this
ASSALAMUALAIKUM dan selamat sejahtera. Kongsi minda bersih jiwa. : KitaReporters.com


Renungan.

Menulis dari jiwa.

Menantu dikurung mentua yang materialistik. Paksa beli rumah dan kereta atas nama isteri. Minta upah jaga anak.

Fikir yang baik, insya-Allah yang dapat juga yang baik baik.

Kerana realiti menjadi pengajaran untuk kelangsungan sebuah kehidupan dalam menghargai perkahwinan bukan mempermainkannya..

Didik hati menghargai takdir Allah dan Dia akan menyediakan yang terbaik untuk hamba-Nya meneruskan hidup sebagai satu anugerah.


Demikian inti pati minda saya hari ini. Merisik khabar mengorek rahsia buat iktibar sesama manusia.

Menyelami hati seorang ibu, dan derita seorang anak.

Perkahwinan sangat indah. Jika dijaga dengan kasih sayang dan kesetiaan ia akan menjadi lebih indah. Tersangatlah indah.

Namun andai dicalar dengan sikap tamak dan haloba pasti masalah yang datang.

Menyelami cerita seorang jiran akan nasib anak lelakinya yang didera mentua menjadikan saya termenung panjang. 

Adakah mentua seperti itu pada masa ini!? Sukar hendak percaya.

Jawapannya ya, ada.


Anne salah seorang ibu yang harus terima hakikat anaknya Reza menjadi mangsa mentua yang tamak haloba.

Pelikkan? Tapi inilah lumrah kehidupan berumah tangga.

Kisahnya Reza berkahwin dengan Mira sejak 4 tahun lalu atas dasar cinta. Kedua-duanya bekerja kilang. Awal bertunang sudah nampak warna sebenar Mira, tapi sebab anak dah berkenan restulah juga si ibu.

Hantaran tinggi tidak sepadan dengan orang dan kerja memberi bayangan keluarga Mira sangat materialistik. 

Majlis gah. Berbulan madu di luar negara. Berpuluh ribu Reza habis hendak puaskan hati isteri dan mentua.

Kerana anak Anne ikutkan.

Lepas kahwin isteri desak Reza beli rumah, kereta atas namanya. Kerana sayang Reza ikutkan. Macam macam lagi yang diarah mentuanya, semua Reza ikut.

Lepas dapat anak mentua minta upah jaga cucu. Bukan seorang, pak mentua juga tumpang sekaki. 

Semua Reza yang tanggung. Serba serbi. Bayangkan beban Reza. Siang malam kerja nak cukupkan wang belanja. Mereka mewah berbelanja macam orang kaya.

Keadaan berlarutan.


Anne tidak tahu kerana Reza tak pernah buka mulut. Dia tidak mahu Anne susah hati. Lagipun Reza malu kerana tidak mendengar nasihat ibunya dahulu.

Kesabaran Reza sampai ke puncak.

Penat sudah melayan kerenah isteri dan mentuanya Reza nekad melawan mereka. Apalagi, mengamuklah mentuanya.

Habis semua dirampas, henfon, wang, kad ATM. Reza kemudian dikurung dan dihalang keluar rumah.

Naluri seorang ibu terhidu anak dalam bahaya.

Akhirnya semua terbongkar selepas 5 hari Reza tak datang kerja.. Lalu Anne bertindak dengan bantuan majikan Reza dan pihak berkuasa.

Reza diselamatkan.


Baru Reza sedar kesilapannya memilih Mira sebagai isteri. Perceraian difail. Dan alhamdulillah selesai dengan elok walau 2 anak diberi hak penjagaan kepada ibu mereka.

Lega Reza. Syukur juga buat Anne dan keluarga.

Selepas bercerai baru Mira dan keluarga sedar kebodohan yang mereka buat terhadap Reza selama ini. Sayangnya perangkap telah makan diri. Baharu tahu langit tinggi rendah.

Orang tamak selalu rugi! Sekarang Mira kena tanggung sendiri semuanya.

Dapat suami baik, tak dihargai. 

Ansuran kereta, rumah, belanja dapur kena urus sendiri selepas bercerai. Rasakan! Mentuanya pula, gigit jari dan malu.

Tetapi sara hidup anak tetap atas tanggungjawab Reza dengan menggunakan orang tengah untuk mengurusnya bagi mengelak perkara buruk dengan izin mahkamah.

Maklumlah, orang berfikir negatif selalu agresif.


Anne, anda memang ibu yang sangat prihatin dan penyayang.

Ibu yang sanggup bergalang ganti untuk selamatkan anak dari cengkaman manusia yang tak tahu bersyukur. Anda wanita hebat. Syabas!

Terima kasih berkongsi kisah ini Anne. Ramai yang mendapat manfaatnya.


Iktibar dari kisah ini...

Kahwinlah dengan pasangan kamu kerana agamanya, kerana akhlaknya dan kerana keturunannya.

Restu ibu bapa juga sangat penting dalam setiap perkahwinan jika mahu bahagia yang berkekalan.

Perkahwinan yang berlaku bukan sahaja dengan pasangan yang kita pilih tetapi juga dengan seluruh keluarga mereka.

Takutlah dengan dosa apabila kita menganiaya orang dan menjadikan mereka bahan sifat tamak kita. Allah tahu dan nampak akan perbuatan kita.

Perkahwinan juga menghubungkan silaturrahim antara keluarga, oleh itu hormati ikatan tersebut. Ikhlas dalam perhubungan. Perbetul nawaitu.

Semua orang buat silap, cari jalan keluar. Minta tolong kepada Allah.

Sebab urusan jodoh milik Dia.

Kepada ibu bapa marilah kita doakan yang terbaik untuk anak-anak kerana bahagia mereka, bahagia kita. Jangan rosakkan istana yang dibina kerana nafsu dan hati kita yang hitam.

Jadilah ibu bapa yang sayangkan anugerah Allah.


❤️🌹 Dalam rumah tangga cinta sahaja tidak cukup. Perlu ada sifat hormat menghormati, bertolak ansur, kesetiaan dan berkasih sayang kerana Allah. ❤️🌹 - KitaReporters.com
2
1
1
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago