Santai 30 Nov, 2019

INGIN KULIT BERCAHAYA, MAKANLAH 6 BUAH INI

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
SIAPA yang tidak ingin kulit wajahnya, terlihat lebih bercahaya dan kenyal? Kulit yang sedemikian menandakan terawat dan sihat, dan tentunya menjadi dambaan semua orang. : KitaReporters.com

Tidak perlu pergi ke salon kecantikan untuk mendapatkannya. Juga tidak perlu mengambil suplemen untuk kulit yang agak mahal harganya.

Cukup dengan hanya mengambil secara rutin enam buah ini iaitu alvocado, tomato, blueberry, betik, jambu dan limau yang dapat merawat kulit sihat dari dalam.

Tambahan pula, buah-buahan ini mudah sekali didapati di pasaran.


1. Alvocado :

Buah alvokado mengandung lemak sIhat untuk kulit agar elastik dan tetap lembap. Para saintis mendapati, pengambilan lemak sihat dalam buah alvokado  terkait dengan kulit yang kenyal.

Tidak hanya itu, buah kehijauan ini juga menjadi sumber vitamin E yang baik. 

Vitamin E  berperanan menjadi molekul antioksidan yang membantu kulit terlindungi dari kerosakan oksidatif akibat radikal bebas. Kekurangan vitamin E dapat menyebabkan kulit kasar dan kering.


2. Tomato :

Tomato kaya dengan vitamin dan mengandung pigmen semula jadi karotenoid seperti likopen.

Vitamin C dalam tomato telah terbukti sebagai molekul antioksidan yang juga menjaga kesihatan kulit, termasuk dengan membantu produksi kolagen.

Sementara itu, likopen dibuktikan para pakar mampu melindungi kulit dari matahari. Likopen juga dapat mencegah kerutan.

Kita dapat membantu tubuh agar optimal dalam menyerap karotenoid seperti likopen dengan mengambil sedikit sumber lemak sihat bersama tomato.


3. Blueberry :

Blueberry, salah satu buah yang boleh menurunkan tekanan darah.

Buah blueberry tidak hanya mengandung antoksidan yang tinggi tetapi juga baik untuk kulit dan mencegah kanser.

Buah blueberry mengandung vitamin A dan vitamin C, yang telah terkenal dapat menjaga kesihatan kulit dan mencegah penuaan diri.

Tidak hanya itu, buah ini memiliki molekul antioksidan antipenuaan, yang disebut antosianin. Antosianin menjadi zat yang memberikan warna biru yang cantik pada buah blueberry.

Vitamin A, vitamin C, dan antosianin dapat melindungi kulit dari kerosakan, akibat panasan matahari, stres, dan pencemaran udara.

Zat-zat tersebut bekerja dengan meredakan respons peradangan dan mencegah kulit kehilangan kolagen.

Buah berry lain pun dapat membantu kesihatan kulit, termasuk strawberi, raspberry, dan blackberry.


4. Betik :

Buah ini mengandung molekul antioksidan, vitamin, dan mineral yang membantu meningkatkan elastisiti kulit. 

Selain itu, kandungan buah papaya atau betik juga mengurangi penampakan garis halus dan kedutan yang menjadi tanda-tanda penuaan.

Lebih memukau, papaya mengandung enzim yang disebut papain. Papain sering ditambah ke dalam produk-produk eksfoliasi kulit yang dapat bertindak sebagai zat antiperadangan dan mencegah penuaan.


5. Jambu biji :

Jambu biji  menjadi sumber vitamin C yang baik. Pengambilan vitamin C telah dikaitkan dengan peningkatan produksi kolagen. 

Selain itu, jambu biji juga memiliki sedikit zink, salah satu bahan  untuk produksi kolagen.


6. Limau :

Limau diidentifikasikan dengan vitamin C, yang berkaitan dengan produksi kolagen untuk kulit yang sihat. 

Selain limau, buah sitrus lain pun dapat menjadi buah untuk kulit yang mudah dicari, seperti lemon dan limau  bali.

Kumpulan  makanan lain pun dapat kita ambil untuk mencukupkan keperluan nutrisi yang bervariasi.

Selain itu, kita juga perlu menerapkan gaya hidup sihat seperti tidur cukup, rajin membersihkan kulit terutama setelah berjalan-jalan atau berada di luar rumah, dan cukup minum air kosong. - KitaReporters.com

0
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago