SUDAH menjadi kelaziman apabila menaiki pesawat, dihidangkan air minuman menggunakan cawan plastik kecil. Terbaharu, syarikat penerbangan Air New Zealand telah mengubah dengan menggunakan cawan yang boleh dimakan. : KitaReporters.com
Cawan kopi yang boleh terus dimakan kemudian. Enaknya!
Amalan kitar semula sememangnya sudah lama diamalkan namun masih ada yang tidak mengikut kempen tersebut atas pelbagai jenis alasan termasuklah malas membuat pengasingan. Betul kan?
Namun begitu, bagi Air New Zealand, syarikat penerbangan masih gigih meneruskan kempen tersebut dengan memperkenalkan cawan kopi boleh dimakan bagi mengurangkan sisa sampah dalam pesawatnya.
Menurut wakil syarikat penerbangan tersebut, mereka menghidangkan lebih lapan juta cawan kopi setahun.
Jadi pihaknya mahu mengurangkan jumlah bahan buangan yang dihantar ke tapak pelupusan sampah.
Maka tercetus idea tersebut dengan menggunakan cawan yang boleh dimakan, yang dihasilkan ciptaan syarikat tempatan ‘Twiice’.
Cawan tersebut diperbuat menggunakan biscotti (biskut) berperisa vanila dan bersifat kalis bocor, sekali gus menjadi begitu popular dengan pelanggan yang pernah menaiki pesawat Air New Zealand itu.
Selain menjadi cawan untuk sebarang minunan di dalam pesawat, ia juga bertindak sebagai pencuci mulut yang ‘simple’ untuk dinikmati malah lebih unik.
Lebih lapan juta kopi setahun telah dihidangkan kepada pelanggan.
Dengan itu juga, melalui kelainan yang dibawakan kepada pelanggan cara ini secara tidak langsung membolehkan mereka terus mengorak langkah lain dalam memenuhi cabaran dalam industri penerbangan ini.
Mananala bagi pengasas bersama 'Twiice', Jamie Cashmore berkata, cawan yang boleh dimakan itu boleh memainkan peranan besar dalam membuktikan kepada dunia bahawa terdapat cara pembungkusan dan penyediaan yang baharu dan inovatif.
Mereka merasa dengan kerjasama bersama itu, Air New Zealand mempamerkan kepada pelanggannya dan dunia bahawa sedikit kepintaran dan inovasi Kiwi dapat memberikan impak yang benar-benar positif terhadap alam sekitar serta memberikan pengalaman baharu buat pelanggan yang benar-benar sukakan kelainan.
‘Twiice’ juga sedang berusaha untuk memperluaskan dengan penyediaan pinggan dan mangkuk yang bakal dilancarkan pada tahun depan (tahun 2020). - KitaReporters.Com