Santai 31 Dec, 2019

[VIDEO] PERLU LIMA JAM UNTUK BERHIAS? SIAPA?

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
SEBAGAI salah satu bintang top Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) pastinya sangat mementingkan penampilannya di depan awam apa lagi ketika sudah memasuki usia emas iaitu 55 tahun pada 2 November 2019 lalu. : KitaReporters.com


Di setiap kesempatan, Shah Rukh Khan sentiasa memastikan dirinya tampil sempurna dari segi berpakaian dan penampilan wajah.

Dia tetap mahu terlihat sentiasa segak, ertinya sentiasa mahu menafikan usianya sudah meniti usia emas.

Namun tahukah anda, berapa lama waktu yang diperlukan oleh Shah Rukh Khan untuk berpakaian dan berhias wajah (dress up)?

Orang yang paling layak untuk mendedahkan apa yang dilakukan seharian SRK di rumah ialah isterinya, Gauri Khan yang dikahwininya pada 1991 dan melahirkan tiga anak.

Shah Rukh Khan dan Gauri Khan menjadi suami isteri sejak 1991 dan mempunyai tiga anak.

Ghauri mendedahkan perkara ini dalam satu temu bual khas dengan news18 baru-baru ini.

"Aku memerlukan cuma 5 minit dan sedangkan dia (SRK) memerlukan 5 jam," kata Gauri kepada media India, news18.

Dia juga mendedahkan bahawa bintang ternama berinisial SRK ini juga memiliki ruang luas khusus untuk menyimpan pakaiannya.

Jika kebanyakan wanita memerlukan waktu berhias diri lebih lama berbanding lelaki, namun perkara itu berlaku sebaliknya kepada Shah Rukh.

Gauri mengatakan bahawa suaminya berdandan lebih lama berbanding dirinya.

Shah Rukh berjaya mempertahankan rumah tangga dalam hidup glamor Bollywood. 


Mendengar kenyataan si isteri,  SRK membela dirinya: "Aku memakai pakaian yang sama kemanapun. 

"Aku memakai kot hitam, jadi aku harus memiliki perbezaan dalam pakaian hitam, setiap kali mengenakan."

Fakta menarik mengenai SRK ini juga terungkap ketika Gauri dan Shah Rukh diwawancara oleh saluran NDTV pada 19 Disember 2019 lalu.

Ketika itu, pasangan Bollywood ini menghadiri acara Vogue X Nykaa Fashion Power List.

Pada majlis tersebut, mereka berjaya membawa pulang penghargaan Pasangan Paling Bergaya atau Most Stylish Couple of the Year.

Shah Rukh dan Gauri terima anugerah pasangan paling bergaya baru-baru ini.


Ini bukan pertama kalinya, Gauri mengungkap soal kebiasaan si suami yang membuatkan dia geleng-geleng kepala.

Gauri sebelumnya pernah melarang SRK untuk memuat naik foto selfie mereka. Perkara itu disebabkan SRK hanya peduli pada penampilannya sendiri.

"Satu-satu alasannya aku tidak mengizinkan dia untuk memuat naik foto. Kerana seperti yang aku katakan, dia memerlukan 2 jam untuk foto.

"Bahkan saat berfoto, dia tidak peduli bagaimana penampilan keluarganya. SRK hanya peduli pada penampilannya sendiri.

"Jadi itulah alasannya, aku harus memastikan aku terlihat bagus dalam foto," kata Gauri sambil tertawa.

Dia selanjut menceritakan bagaimana bintang Kuch Kuch Hota Hai ini memerlukan banyak waktu untuk bersiap-siap soal penampilannya.

"Setiap kali kita mahu pergi, aku siap dalam 20 minit tetapi dia menghabiskan 2-3 jam.

"Malam ini saja, aku berhias cuma memerlukan 3 jam sedangkan Shah Rukh Khan sampai 6 jam," ungkapnya. - KitaReporters.com


1
1
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago