Santai 30 Oct, 2019

PENTINGKAN DIRI PASTI RUGI, KAWAN LARI...

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this
Assalamualaikum dan selamat pagi. 

Kongsi minda bersih jiwa.


Renungan.

Penting diri ibarat dunia yang tak sempurna.

Hidup terasing

Lawan perasaan penting diri, jika tak mahu hilang kawan.

Jangan hendak menafikan.

Semua orang pasti ada sikap suka menolong orang dan tidak mementingkan diri.

Melawan sikap suka mementingkan diri ibarat melawan perasaan malas yang ada dalam diri kita.

Sebenarnya, kita hanya mampu mengatasi sikap mementingkan diri jika kita ikhlas dan bersikap terbuka dan sedia menerima cabaran yang datang dalam hidup kita.

Jangan ingat kita hidup seorang diri di dunia ini.

Sebabnya kita ada ramai orang di keliling kita. Kita hidup antara kemahuan dan perbuatan kita yang kita tidak sedar.

Tetapi orang memerhati.

Kita perlukan orang lain untuk terus hidup.

Jadi mengapa kita harus pentingkan diri sendiri sedang kita tahu ia amalan yang tidak baik.


Adakala kerana kita tak suka seseorang dan sesuatu perkara itu maka kita tolak ke tepi hal orang berkenaan.

Kita tidak menghargai kepentingannya kerana ia bukan keperluan dalam hidup kita.

Kita lupa bila susah kita perlukan orang membantu... 

Bertanya khabar dan mendengar masalah kita.

Malah kita tak ambil berat kerana kita tidak faham dengan perkara tersebut dan tidak tahu bagaimana untuk menguruskannya.

Kita tak sedar, sikap ini lebih banyak membawa mudarat dalam kehidupan kita.

Kita hilang kawan.

Kita terasing

Orang pun tak suka

Hidup segan mati tak mahu.

Lambat-laun kesan daripada sikap ini akan dapat dirasai, sama ada berasa tertekan dalam urusan hidup seharian atau perlu berubah untuk dapat ketenangan.


Ingatlah.

Sikap penting diri merugikan.

Jangan kerana ego, kita yang sepatutnya boleh hidup tenang berada dalam keadaan tertekan dan tersasar dalam mencari nikmat dunia dan akhirat.

Boleh pentingkan diri tetapi biar bertempat dan tidak menyakiti orang lain.

Tapi jangan jadikan ia sebagai cara hidup kita dan cubalah dengan cara terbaik untuk membuang tabiat ini supaya ia tidak mengganggu kita.

Mari kita kikis sikap suka pentingkan diri ini bersama-sama.

Jika kita tidak suka sesuatu itu, jangan rasa terbelenggu dengannya. Positif menghadapinya. Jadi seorang yang profesional.

Ketepikan emosi.

Jangan takut untuk bertanya jika tidak mahu sesat.

Seperti juga manusia, kita hidup dalam dunia yang tidak sempurna!


🌹❤️ Realiti sebenar, kita mempunyai emosi yang kadangkala sukar dikawal, dan tentunya sikap antara yang harus diperhalusi untuk mendapat nikmat hidup. 🌹❤️


1
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago