Santai 04 Mar, 2020

ATASI SUWON 2-1: HARIMAU SELATAN MENGAUM!!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this
MISI Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk  membenam kelab Korea Selatan, Suwon Samsung Bluewings akhirnya menjadi kenyataan apabila berjaya menumpaskan kelab itu dengan perbezaan jaringan gol 2-1 di laman sendiri dalam aksi perlawanan kedua Kumpulan G saingan Liga Juara Asia (ACL), di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor malam tadi Selasa, 3 Mac 2020. : KitaReporters

Pemain import JDT,Ganzalo Cabrera melakukan sepakan penalti ketika menentan pasukan Suwon Samsung Bluewings di stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor dengan keputusan 1-0 pada separuh masa pertama. - Kredit foto: https://www.gcarian.com/jdt-live.jsp


JDT yang turun dengan formasi 4-1-4-1 bertindak cemerlang dengan  menyerang barisan pertahanan Suwon sehingga berjaya mengucar kacir pasukan kendalian Lee Lim-saeng.

Pemain posisi tengah, Nazmi Faiz banyak melakukan perancangan mengerakkan serangan ke arah kubu lawan sehingga mencetuskan kekasaran kepada Ganzalo Cabrera apabila dijatuhkan oleh Min Sang-gi dalam kotak penalti.

Pengadil perlawanan tidak teragak-agak memberikan sepakan penalti yang akhirnya berjaya diterjah masuk ke gawang lawan oleh Cabrera pada minit ke-13.

Keputusan 1-0 pada separuh masa pertama memberikan kelegaan kepada JDT, sekali gus mendahului pasukan Suwon.

Terry Antonis menyamakan kedudukan seri 1-1 hasil sepakan kaki kiri merobek pintu gol JDT pada minit ke-51. - Kredit foto: https://www.gcarian.com/jdt-live.jsp


Bersambung pada babak kedua, pasukan pelawat cuba mencari peluang apabila membawa masuk penyerang nombor 8, Terry Antonis pemain kelahiran Australia.

Beliau bertindak dengan melakukan sepakan top corner dan mengenai atas palang gol; malangnya bola kembali melantun ke dalam gawang. Gol!! 

Itulah sorakan penyokong-penyokong pasukan Suwon ketika kedudukan menjadi seri 1-1 pada minit ke-51.

Pada permulaan penjaga gol JDT, Farizal Marlias menyangkakan bola itu keluar sebaliknya ia adalah dalam.

Ketika ini, Suwon mula bersemangat untuk mendapatkan gol tambahan sebelum permainan ditamatkan.

Nasib menyebelahi JDT apabila Mauricio de Santos Nascimento (gambar atas) berjaya mendapatkan gol kedua JDT dengan menandukkan bola di pintu gol lawan hasil umpanan cantik dari Nazmi pada minit ke-73.

Kedudukan berkesudahan 2-1 berjaya diperolehi skuad Harimau Selatan dan dengan ini, tiga mata penuh sudah diperolehi mereka dengan jayanya. - KitaReporters


3
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago