UNTUK anda yang teringin melihat sendiri dan menikmati pemandangan di ladang bunga matahari, tidak lagi perlu bersusah payah untuk ke Thailand. Kini Malaysia pun ada ladang bunga matahari. Anda tidak perlu mengembara jauh lagi demi melihat pemandangan seperti ini. : KitaReporters.com

Sumber Gambar: Instagram
Pasti anda tertanya-tanya, di manakah ladang bunga matahari ini?

Sumber Gambar: Instagram
Taman bunga matahari yang terletak di Taman Ular dan Reptilia Kangar, Perlis ini menjanjikan suasana yang cukup mengagumkan buat semua.

Sumber Gambar: Instagram
Ia telah dibuka sejak Julai 2019, dan ramai yang telah berkunjung ke ladang ini pasti sangat gembira kerana banyak port bergambar.

Sumber Gambar: Instagram
Rata-rata netizen telah memuat naik gambar yang cantik dan dikelilingi oleh bunga matahari gergasi.

Sumber Gambar: Instagram
Jom hujung minggu ni melawat Taman Ular dan Reptilia Perlis untuk menikmati keindahan ladang bunga matahari bersama-sama keluarga tercinta.
Bukan hanya bunga matahari tetapi anda juga boleh melihat pelbagai jenis haiwan di sini. - KitaReporters.com
