Santai 05 Mar, 2020

BULAT 'BOLA' DI PUTRA PERDANA DEK MUAFAKAT

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, menyertai akhbar mingguan tabloid Buletin Utama dan Harian Watan 1994-1996. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (Bernama TV). Pemenang Peraduan Penulis Sukan Piala Asia AFC 2007 dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2008-2017. E-mel: [email protected]

Share this
MASIH atas nama muafakat masyarakat dan menyantuni golongan muda, Kelab Sukan dan Rekreasi Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor  kembali pula dengan menganjurkan Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup taman berkenaan pada 8 Mac 2020. : KitaReporters

AHLI-AHLI Jawatankuasa Penganjur Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup Putra Perdana 2020 dan wakil-wakil pasukan bertanding bergambar dengan piala pusingan selepas majlis undian.


Malah penganjur tidak melupakan misi penting pertandingan ini iaitu mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan paling popular di dunia ini yang satu hari nanti mampu menyarung jersi kelab atau pasukan negeri dalam Liga Super Malaysia mahupun Harimau Malaya. 

Sebanyak 10 pasukan bakal menghangatkan kejohanan yang julung-julung kalinya diadakan dari pukul 9 pagi hingga 5 petang di Padang Awam Bola Sepak taman itu untuk merebut piala pusingan dan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai hampir RM2,000. 

Hanya bermodalkan yuran penyertaan RM150 setiap pasukan, juara bakal mengaut hadiah lumayan sebanyak RM800, manakala naib juara beroleh RM500, sementara pasukan pemenang tempat ketiga dan keempat masing-masing tetap akan pulang dengan sagu hati, RM400 dan RM200. 

Bersaing dalam format liga berkumpulan dan kalah singkir, Kumpulan A terdiri daripada Siantan FC B, Seroja, Lake Residence, CFC, Semarak FC manakala Kumpulan B menampilkan Siantan FC A, Ruvena United, Koyak FC, Libas United dan Team Sakinah. 

Kesemua pasukan ini dibahagikan mengikut kumpulan itu berdasarkan majlis cabutan undi yang dijalankan secara ringkas di Restoran Warghih taman berkenaan pada Jumaat, 28 Februari 2020. 

Empat pasukan terbaik daripada setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah singkir iaitu bermula dengan suku akhir, manakala dua pasukan corot, tersingkir lebih awal.

DUA pasukan, Siantan dan Dahlia memanaskan badan dalam perlawanan persahabatan sebagai persiapan menghadapi Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor di Padang Awam Bola Sepak berdekatan.


Kelab berkenaan juga sudah menetapkan syarat wajib pertandingan ini yang mengehadkan penyertaan pemain-pemainnya kepada para penduduk sekitar Taman Putra Perdana, Puchong sahaja. 

Setiap pasukan juga dimestikan menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga pemain veteran iaitu yang berusia 35 tahun dan ke atas tetapi masih bebas untuk menurunkan mereka dalam senarai pemain utama atau tidak. 

Turut menjadi rebutan sekali gus tarikan unik dalam Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup Taman Putra Perdana 2020 ialah dua Anugerah Khas Pemain Paling Bernilai dan Permainan Adil selain enam cabutan nombor bertuah untuk para pemain.

KERJA-KERJA pemasangan papan iklan pengadang rancak dijalankan ahli-ahli jawatankuasa penganjur menjelang hari pertandingan 8 Mac 2020.


SUKARELAWAN gigih menyiapkan pemasangan papan iklan pengadang dalam proses persiapan akhir menjelang pertandingan.


Semangat gotong-royong para ahli jawatankuasa penganjur pertandingan yang bertungkus lumus tanpa mengenal penat selain sumbangan penajaan dermawan budiman daripada kalangan warga Taman Putra Perdana, turut menjadi nadi atau aset penting pengelolaannya. 

Jelas sekali penganjurannya menyusuli kejayaan Pertandingan Liga Sepak Takraw Taman Putra Perdana di Balai Raya taman sama pada 2 Februari 2020 yang menarik minat 16 regu dan 48 pemain handalan berdasarkan cabutan undi dengan tawaran hadiah hampir RM1,500. 

Keunikan tersendiri liga sepak takraw itu ialah penganjur menamakan setiap regunya berdasarkan spesies ikan laut dan air tawar seperti Buntal, Puyu, Pari, Sepat, Gelama, Patin, Cencaru, Baung, Tilapia, Bawal, Haruan, Siakap, Rohu, Tenggiri, Keli dan Kerapu. 

JAWATANKUASA Penganjur Liga Sepak Takraw Taman Putra Perdana 2020 melaungkan sorakan, "Berjaya!" pada 2 Febuari 2020.


Penganjuran kedua-dua program bola sepak dan sepak takraw ke arah menggalakkan amalan bersukan dan gaya hidup sihat serta semangat muafakat ini turut mendapat sokongan padu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Bahagian Sepang dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Sepang

Ketua UMNO Bahagian, Noor Azli Said dijadualkan merasmikan pembukaan Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup Taman Putra Perdana 2020 pada sebelah pagi, manakala penutupan rasmi dan penyampaian hadiah kepada para pemenang akan disempurnakan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan, Ir. Mohd. Haslin Hasan. - KitaReporters

6
1
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago