PESERTA dari Kenya, Stephen Mungathia Mugambi, 25, menjuarai Larian Amal Kelab Catur Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini. : KitaReporters
Peserta Kenya, Stephen Mungathia Mugambi (kiri) dari kenya bersama pemenang lain.
Atlet larian berusia 25 tahun ini (gambar atas) bersama rakannya dari German Thomas Karl Heinz Weher sering menyertai larian yang dianjurkan di seluruh negara.
Stephen yang menjuarai pertandingan larian 10
kilometer itu memenangi wang tunai RM250 dan piala.
Mereka adalah antara 300 peserta yang menyertai larian Amal yang dianjurkan oleh Kelab Catur UUM ini.
Presiden Kelab Catur Chuah Jing Ing, 26, (gambar atas) berkata larian
julung kali yang dianjurkan ini mendapat kerajasama dari semua peringkat
termasuk pihak luar yang turut mengiklankan pertandingan yang dianjurkan ini.
‘Kami berbangga kerana bukan sahaja peserta terdiri daripada staf dan pelajar universiti ini, malah golongan belia, pelajar sekolah dan
peserta dari dalam dan luar negara juga menyertainya,’’ kata Chuah lagi.
Larian dengan kerjasama Pro
Apparel dan International Student Society (ISS) UUM ini turut dimeriahkan oleh Kelab
Catur dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Wakil dari tiga rumah kebajikan menerima sumbangan masing-masing, yang berjumlah RM1,080 setiap orang.
Dalam
pada itu, lebih RM3,000 yang terkumpul hasil larian amal ini diagihkan kepada tiga
rumah kebajikan di negeri kedah antaranya Rumah Anak Yatim Amal Solehah (RAYAS),
Pendang; Bethel Hill Old Folks Home, Kuala Nerang; dan Rumah Anak Yatim Yayasan
Bunga Raya, Alor Setar.
Ketiga-tiga
rumah kebajikan ini masing-masing menerima sumbangan RM1,080 pada majlis
penyampaian penutup larian itu.
Wang RM3,000
itu terkumpul hasil yuran penyertaan pertandingan, sumbangan dari staf, pelajar,
pengusaha kafe dan masyarakat setempat.
Bagi
memeriahkan acara larian itu pihak penganjur turut menyediakan hadiah sampingan
untuk cabutan bertuah antaranya peralatan elektrik dan hamper. - KitaReporters
Ahli Jawatakuasa dari kelab Catur UUM dan UniMAP bergambar kenangan.