Santai 24 Jan, 2020

ADA KAWAN IBARAT MELEPASKAN ANJING TERSEPIT??

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> normalahamzah251@gmail.com

Share this

ASSALAMUALAIKUM dan selamat sejahtera. Kongsi minda, bersih jiwa. : KitaReporters.com


Menulis Dari Jiwa... Renungan.

Melepas anjing tersepit. Kita digigitnya balik. Kita disalahkan.

Masa bahagia lupa. Bila derita cari kita. Dah tolong tak bersyukur. Sudahnya kita yang salah

Begitu lumrah dunia. Manusia mudah lupa. Pandai bermuka-muka, kata Sham berkongsi kisahnya hari ini.


Kata Sham dia sudah serik dengan perangai kawan yang tak pernah ikhlas berkawan. Masa susah cari kita, masa senang lupa kita.

Menurut Sham ada hamba Allah sorang ni. Ada masalah rumah tangga. Puas merayu minta kita tolong. Mula kita malas nak campur.

Tapi bila berhari hari berkampung kat rumah kita, rimas juga.

Akhirnya kita tolong. Jumpa suami dia pujuk. Rayu suruh jemput isterinya, maafkan dia. Bawa balik. Akhirnya dia orang berbaik.


Kita dapat apa? Sedih. 

Kita pula dituduh hasut isterinya dengan perkara negatif. Ajar yang bukan bukan. Bila ditanya siapa kata, jawapannya lagi menyakitkan. Isterinya yang kata begitu.

Kita tolong kita disalahkan. Pada hal isterinya yang lari ke rumah kita minta tolong.

Akhirnya kata Sham dia nekad.... Tarik diri dari berkawan dengan mereka. Demi maruah dan nama baik baik, kata Sham.

Kejadian ni jadi pengajaran buat Sham supaya berhati-hati dengan gelagat manusia. Berpada pada membantu orang terutama bab rumah tangga.

Terima kasih Sham.


Iktibar dari kisah ini

Jangan campur urusan rumah tangga orang walau sahabat baik. Nasihat mereka suruh guna saluran betul atau minta tolong keluarga terdekat.

Jangan benar isteri orang tinggal di rumah kita bila mereka bergaduh dengan suami.

Kita tidak tahu hati manusia. Masalah rumah tangga ni lain. Masa sedang baik semua wangi Sudah bergaduh jadi tahi. Berbaik semula wangi kembali. Begitulah...

Gaduh suami isteri ini macam biskut. Kejap okey, kejap tidak. Adakala bila mereka berbaik, yang menolong pula jadi musuh.

Dengar boleh, jangan campur. Atau lebih baik jangan layan. Biar mereka urus sendiri. Kita berkecuali. Jaga hal sendiri

Berdoa semoga hidup Allah berkati.


❤️🌹 Setiap masalah ada penyelesaiannya. Yang penting, selesaikan dengan akal, bukan ikut emosi. Bila iman kukuh, jiwa teguh. Kasih pun kekal, bahagia pasti sampai ke jannah. 🌹❤️ - KitaReporters.com
1
0
2
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 5 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 5 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 5 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 5 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 5 years ago