Santai 12 Jan, 2020

[VIDEO] TAK DAPAT WANG, ISTERI KASARI SUAMI

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this
Adat berumah tangga pasti ada pasang dan surutnya, ada manis dan kelatnya, bak kata P. Ramlee sedangkan lidah tergigit inikan pula suami isteri. Baru-baru ini, perkongsian sebuah video seorang wanita yang mengasari suaminya sendiri yang juga seorang kerdil menjadi tular dalam media sosial. : KitaReporter.com

WANITA bertindak kasar terhadap suaminya dengan mengheret suaminya kerana tidak memenuhi permintaan untuk memberikan wang tunai kepadanya. - Foto kredit FB Florence Wong.


Video berdurasi 20 saat itu dikongsi oleh pengguna Facebook, Florence Wong dan dipercayai berlaku di Palembang, Indonesia.

Video berkenaan turut disaksikan oleh netizen yang masing-masing sedih dan kecewa dengan sikap yang ditonjolkan oleh seorang isteri.

Seharusnya, isteri adalah pendamping bagi lelaki yang bergelar suami, yang sentiasa ada bersamanya pada kala susah dan senang.

Namun berbeza dengan wanita berkenaan, yang dilihat ‘naik angin’ selepas suaminya yang dipaksa menjadi pengemis jalanan, tidak dapat memenuhi permintaan yang mahu mendapatkan wang.

LELAKI Kerdil tersebut hanya mendiamkan diri walaupun diperlakukan oleh kasar isterinya sambil mengeluarkan kata-kata kecaman.


Dalam video berkenaan, wanita yang mengenakan tudung berwarna unggu itu bertindak kasar dengan mengheret tangan lelaki yang berada di tepi jalan sambil mengeluarkan kata-kata yang kurang enak.

Malah, lelaki tersebut dilihat seperti ketakutan ketika diperlakukan begitu.

Mungkin lelaki berkenaan yang menyedari kekurangan diri, dia hanya membiarkan kata-kata daripada isterinya sendiri dan hanya menundukkan diri.

WANITA berkenaan mengherdik suaminya yang merupakan seorang kerdil kerana tidak memberikan wang hasil menjadi pengemis jalanan.


Malah si suami itu juga hanya mendiamkan diri dan mengelakkan daripada isterinya seolah-olah bertujuan menyelamatkan diri daripada diperlakukan sesuatu oleh isterinya sendiri.

Selepas melepaskan geram, wanita berkenaan kemudian beredar, namun kembali mendekati suami sebelum melemparkan batu ke arah suaminya selepas menyedari perbuatannya dirakam oleh seseorang.

Jika begitu layanan isteri terhadap suaminya di tempat awam, bagaimana layanan itu jika berada di rumah mereka, pastinya lagi kasar!

Seharusnya, suami menjadi kawan baik pasangan yang berkahwin, bukan sekadar menjadi tempat untuk berkasih sayang tetapi juga menjadi tempat untuk berkongsi suka dan duka di dunia fana ini.

Jom kita saksikan video isteri derhaka yang menjadi tular. - KitaReporter.Com


3
2
18
2
1
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago