Santai 16 Oct, 2019

NAK TENANG? MUDAH... BEBASKAN DIRI BERBURUK SANGKA

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this
ASSALAMUJALAIKUM dan selamat pagi. 
Kongsi minda, bersih jiwa.

Renungan.

Berbaik sangka bersihkan hati.

Buang perasan negatif

Awas jangan sampai jatuh fitnah

Berbaik sangka, tanda hati bersih.

Berbaik sangka, satu perbuatan murni yang dapat mengelak dari menuduh orang lain berbuat keburukan.

Jika tidak punyai bukti yang kukuh menjadikan kita membuat fitnah!

Berbaik sangka juga mempunyai banyak kebaikan dan kelebihannya serta menjadikan hubungan persahabatan dan persaudaraan bertambah baik.

Apabila hati bebas dari bersangka buruk terhadap orang lain, maka yang ada dalam hati juga adalah sangkaan baik-baik belaka.

Selain itu, bersangka baik juga dapat membersihkan hati.

Jika hati sudah penuh dengan titik hitam, maka proses pembersihannya juga menjadi sukar. Oleh itu buang titik hitam. Ganti dengan aura positif.

Mencegah lebih baik dari mengubati. Oleh itu, jangan biar perkara-perkara negatif terus berkumpul di hati kita. Selalu berbaik sangka. Berlapang dada dengan perkara positif.

Hendak berbaik sangka, mudah sahaja.

Selalu fikir yang baik.

Jangan melatah

Jangan pandang serong kepada orang

Jangan buat andaian

Jangan mudah terpengaruh

Manfaat berbaik sangka sangat cantik.

Banyak sekali yang boleh diperoleh jika kita memiliki sifat berbaik sangka kepada orang lain.

Hati pula sentiasa tenang. Jiwa aman. Kawan ramai. Saudara pun sayang.

Berbaik sangka dalam berhubungan antara sesama manusia juga akan mengelak terjadinya keretakan hubungan. Bertambah pula kasih sayang. Mesra berpanjangan.

Pada masa sama, kita juga hendaklah selalu merasa bahagia atas kemajuan yang dicapai oleh orang lain, walaupun kita sendiri belum mencapainya.

Kita patut turut bangga dan tumpang gembira.

Ingatlah..

Kesedaran untuk berbaik sangka main peranan, di mana jiwa kita akan menjadi tenang dan terhindar dari iri hati yang berkembang menjadi buruk sangka jika tidak dijaga.

Jika ada benih-benih perasaan berburuk sangka di dalam hati, harus segera dijauhi karena ia berasal dari sikap negatif yang membawa kesan buruk kepada diri kita.

Berdoalah supaya kita jadi orang yang selalu berbaik sangka.

Carilah orang yang positif untuk berkawan.

Yang sentiasa bersangka baik dengan manusia dan juga Allah.

Yang auranya mengajak kita ke jalan Allah..

🌹❤️ Yang baik terdidik dari hati... Yang tidak baik buang jauh jauh... Cari permata, bukan kaca ❤️🌹

0
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago