Santai 15 Dec, 2019

TAK PUAS HATI LINE-UP FASA 1 ROCKAWAY 2020

@ku syafiq ku fozi
Wartawan terakhir yang diterima bekerja secara tetap bersama Utusan Malaysia. Mula berkhidmat pada 1 November 2017 dan tamat pada 31 Oktober 2019. Pemerhati perkembangan muzik negara baik dalam arus perdana mahupun bawah tanah.

Share this

PESTA rock yang ditunggu-tunggu, Rockaway Festival 2020 telah mengumumkan barisan kugiran dan penyanyi yang akan membuat persembahan pada Mac nanti. Namun, ia hanyalah untuk fasa pertama. Lebih banyak lagi artis yang akan diumumkan nanti. : KItaReporters.com


Walau bagaimanapun, pelbagai reaksi telah diterima melalui media sosial. Ada yang suka dan ada yang kecewa.

Rata-rata peminat yang telah membeli tiket pratempah semakin teruja untuk menyaksikan persembahan kugiran serta penyanyi yang diumumkan, namun tak kurang ramai juga yang tidak berpuas hati.

Paling menimbulkan kontroversi adalah kugiran antarabangsa yang dijemput, iaitu Hands Like Houses dari Australia.

HANDS LIKE HOUSES tidak begitu dikenali di Malaysia sekali gus menyebabkan beberapa peminat kecewa dengan pemilihan mereka sebagai kugiran antarabangsa yang membuat persembahan di Rockaway 2020. - Foto kredit Twitter Hands Like Houses.


Memandangkan Rockaway 2020 akan menjadi persembahan pertama mereka di Asia, masih ramai peminat Malaysia yang belum mengenali kugiran ini.

Namun, nama mereka boleh dikatakan besar di Australia. Dengan 12 tahun pengalaman serta empat album melengkapi diskografi, Hands Like Houses mungkin boleh memberi pengalaman baharu buat penonton Rockaway 2020 nanti.


Walaupun sambutan kugiran antarabangsa agak kurang memberangsangkan, beberapa kugiran dan penyanyi tempatan dikira berjaya menyelamatkan keadaan.

Sesuai dengan statusnya sebagai antara pesta rock terbesar negara, artis yang akan membuat persembahan pastilah bukan calang-calang.

M. Nasir, XPDC Militia, Hujan, Kyoto Protocol, Masdo, Toko Kilat, Project E.A.R dan Mad August (ft. Hillary Ang) melengkapkan barisan artis yang bakal membuat persembahan untuk fasa pertama.

Rockaway 2020 akan diadakan di Kawasan Parkir B, Stadium Bukit Jalil pada 14 dan 15 Mac 2020.

Tunggu apa lagi. Tiket pratempah masih lagi dijual. 

Layari www.rockawayfest.com untuk mendapatkan tiket anda segera. - KitaReporters.com

0
1
1
1
4
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago