JIKA anda salah seorang yang sedang teruja menunggu barangan belian yang dijual secara dalam talian ketika jualan khas sehari pada 11/11 baru-baru ini, mungkin anda terpaksa gigit jari sebab kapal kargo yang membawa barangan itu karam dan tenggelam pada 20 November lalu. : KitaReporters.com
Foto China Press.
Akhbar Sin Chew Daily melaporkan, kapal kargo milik Taobao dari Taiwan yang membawa 870 tan barangan yang majoritinya tempahan dalam talian dari Taobao, China karam selepas satu pelanggaran.
Kapal itu dikatakan berlanggar dengan kapal lain dan tenggelam. Sebahagian besar muatan dilaporkan musnah yang membabitkan kerugian mencapai beratus-ratus juta ringgit.
Kapal kargo Shenxuan yang berdaftar di Taiwan itu dikatakan berlanggar dengan kapal pengangkut pasir dari China di muara (estuary) Minjiang di Fujian dan karam pada pukul 9 malam.
Enam krew sempat terjun ke laut dan mereka dilaporkan sudah dihantar ke hospital, sementara dua lagi kru tidak sempat menyelamatkan diri. Mereka dikatakan warga Taiwan.
Foto China Press.
Taobao tidak mengumumkan nahas sehingga hari kelapan kerana mahu menerima laporan mengenai kedudukan sebenar kapal kargo tersebut.
Semua kargo di atas kapal dilaporkan tenggelam ke dalam laut.
Sementara itu, beratus-ratus pembeli menyuarakan kebimbangan berhubung barangan yang ditempah semasa Jualan Sehari (Single Day Sale) 11/11 itu khususnya pelanggan antarabangsa.
Mereka bimbang mungkin tidak menerima bayaran penuh kerana mereka tiada akaun di Tanah Besar China itu.
Untuk makluman Taobo dimiliki Alibaba yang banyak mengedarkan barangan untuk gedung terkemuka termasuk di negara ini.
Baru-baru ini, Taobao turut membuka rangkaian perniagaannya di Mytown Cheras, Kuala Lumpur.
Kapal itu yang dilaporkan karam di perairan bandar Fuzhou membawa sembilan krew termasuk empat kelasi dari Taiwan dan tiga kru dari Indonesia. Dua yang dipercayai mati termasuk seorang daripadanya adalah kru di dapor.
Dipercayai inilah kali pertama kemalangan di laut membabitkan kapal milik Taobao dan pihak syarikat berjanji akan membayar ganti rugi pada semua pelanggan via Alipay. - KitaReporters.com