“HARI ini saya tidak banyak statement. Saya cuma mengucapkan dua kalimat saja. Pertama, bahawa selain keluarga saya, penjara adalah anugerah terbaik dari Allah. Jadi saya mengucapkan terima kasih kepada pelapor, kepada polis, pihak pendakwa dan hakim yang sudah membuat saya terpenjara," kata Ahmad Dhani. : KitaReporters.com
Ahmad Dhani melambai tangan kepada orang ramai yang menyambut pembebasannya. - Foto Tribunews
Begitulah kenyataan pemuzik terkenal yang juga ahli perniagaan dan ahli politik, Ahmad Dhani, 45, selepas dibebaskan dari penjara hari ini (30/12/2019) setelah menjalani hukuman penjara selama 11 bulan.
Ahmad Dhani didapati bersalah kerana mengeluarkan kata-kata fitnah politik melalui laman Twitternya ketika suasana pilihan raya negeri Jakara sedang panas.
Dia mula menjalani hukuman pada 28 Januari 2018.
Dalam sidang media pagi tadi (30/12/2019), Ahmad Dhani mengeluarkan kenyataan yang bersifat sinis, seperti ada pihak yang disindirnya hingga menyebabkan dia meringkuk di penjara.
Menurut Ahmad Dhani: “Hari ini saya tidak banyak statement. Saya cuma mengucapkan dua kalimat saja.
"Pertama, bahawa selain keluarga saya, penjara adalah anugerah terbaik dari Allah.
"Jadi saya mengucapkan terima kasih kepada pelapor, kepada polis, pihak pendakwa dan hakim yang sudah membuat saya terpenjara."
Ahmad Dhani mulanya di penjara di Surabaya, namun akhirnya dipindahkan ke Rumah Tahanan Cipinang, Jakarta.
Pemilik nama sebenar Dhani Ahmad Prasetyo ini tetap mahu terbabit dalam politik walaupun telah merasai ‘dinginnya’ hidup di penjara.
Ahmad Dhani dikerumuni petugas media sebaik keluar dari penjara Cipinang. - Foto Antara
Suami kepada ahli Parlimen dan penyanyi Mulan Jameela ini dibebaskan jam 9.30 pagi dari Rumah Tahanan Cipinang, Jakarta.
Dia disambut oleh isteri Mulan Jameela dan anak-anak serta berlaku perarakan kenderaan menuju ke rumahnya di Pondok Indah.
Ahmad Dhani dibawa pulang dengan sebuah lori dengan iringan sejumlah peminatnya yang memenuhi lori dan Ahmad Dhani berada di bahagian depan melambaikan tangan kepada orang ramai.
Sejumlah kenderaan lain turut mengiringi kepulangannya ke rumah.
Bagaimanapun, sambutan kepulangan Ahmad Dhani di kediamannya di kawasan Pondok Indah, Jakarta, berakhir denga kekecohan.
Walaupun dapat ditenteramkan dengan lantunan salawat, proses sambutan kepulangan Dhani yang diiringi ribuan penyokong tetap menimbulkan kekecohan.
Akibat keterbatasan tempat, berlaku kejadian tolak menolak antara puluhan petugas media dengan para penyokong Ahmad Dhani sehingga mencetuskan keadaan tidak terkawal.
Suasana bertambah panas apabila petugas media dan penyokong Ahmad Dhani bertengkar gara-gara tidak mendapat kesempatan merakam gambar.
Namun, suasana ketegangan itu telah berjaya diredakan oleh salah seorang anggota jawatankuasa penyambutan kepulangan Ahmad Dhani yang berusaha menjadi ‘orang tengah’. - KitaReporters.com