Santai 19 Jan, 2020

'SISTA POWER' GALAS MISI IRM KE TURKI, SYRIA

@editor 1
Editor Satu di KitaReporters >> Boleh emel kepada [email protected] & Editor Satu di UtusanPress >> Boleh emel kepada [email protected]

Share this
SELARAS dengan peranan sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bertanggungjawab memberi bantuan kemanusiaan di dalam dan luar negara, Islamic Relief Malaysia (IRM) menerusi skuad Sisterhood Winter Mission bakal melaksanakan misi kemanusiaan ke Turki dan Syria bermula 18 hingga 24 Januari 2020. : KitaReporters.com


Kenyataan IRM menyebut, misi yang disertai oleh Ikon Kemanusiaan Islamic Relief Malaysia, Irma Hasmie dan tiga kakitangan wanita Islamic Relief Malaysia itu akan berada di Gaziantep dan Istanbul bagi mengagihkan bantuan musim sejuk kepada pelarian Syria hasil sumbangan rakyat Malaysia menerusi kempen Rayuan Musim Sejuk yang telah dilancarkan sejak Oktober 2019. 

Objektif misi Sisterhood ini termasuk menyantuni pelarian Syria bagi menyalurkan bantuan keperluan musim sejuk, melawat salah sebuah rumah anak yatim di Gaziantep serta memaparkan realiti penderitaan yang dialami rakyat Syria ketika ini dan banyak lagi. 

Sumbangan akan diagihkan dalam bentuk baucer tunai dan penerima akan membeli sendiri keperluan musim sejuk seperti baju sejuk, sarung tangan, kasut, stokin, selimut, tilam, plastik penebat haba, arang dan kayu api di kedai terpilih. 

Selain mengagih bantuan, objektif lain misi adalah untuk memantau dan menilai projek-projek bantuan Islamic Relief di Turki. 

Bantuan musim sejuk Islamic Relief Malaysia kali ini bukan sahaja melibatkan pelarian Syria di Turki, malahan bantuan keperluan ini akan meliputi pelarian Syria yang masih berada di dalam Syria dan juga penduduk terjejas di Pakistan. 

Bantuan ini juga merupakan sebahagian daripada pakej bantuan kecemasan di Syria yang telahpun dilaksanakan sejak krisis mula tercetus pada tahun 2011 merangkumi pelbagai sektor bantuan yang lain. 

Sehingga kini, Islamic Relief Malaysia berjaya mengumpul dana sebanyak RM507,539.60 daripada RM1 juta yang disasarkan. 

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh melayari laman web rasmi Islamic Relief Malaysia di www.islamic-relief.org.my, Facebook Islamic Relief Malaysia atau Instagram ir_my. 

Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun berikut atas nama Islamic Relief Malaysia: 

  • MAYBANK ISLAMIC | 5621 4270 8704 
  • MBSB BANK | 1005 0251 0000 0166 
  • CIMB ISLAMIC | 860 2073818 
  • BANK ISLAM | 12 029 01 006564 3 
  • AFFIN ISLAMIC | 10 671 000278 4 
  • BANK RAKYAT | 11080 10000 35 

0
1
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago