Putera Harry dan Meghan Markle telah mengumumkan mahu berundur sebagai anggota kanan keluarga diraja England. Tidak hanya itu, mereka juga merancang untuk berdikari dan mengurus kewangan mereka sendiri. : KitaReporters.com
Putera Harry, Meghan bersama Ratu Elizabeth II. - Foto GettyImages
Mendengar khabar Putera Harry yang akan 'menganggur' selepas keluar dari institusi diraja England itu, restoran makanan segera, Burger King pun menawarinya pekerjaan.
Tawaran pekerjaan oleh Burger King. - Foto https://www.santabanta.com/
Melalui akaun Twitter rasminya, restoran burger ternama Amerika Syarikat itu menawarkan pekerjaan separuh masa kepada Putera Harry.
"Harry, keluarga kerajaan ini ditawarkan pekerjaan separuh masa," ujar @BurgerKing dalam Twitternya pada Selasa (14/1/2020).
Tidak hanya sampai di situ, syarikat restoran burger ini juga menyebut Putera Harry dan Meghan Markle dalam iklannya.
"Duke yang terhormat, anda dapat mencari pekerjaan pertama anda tanpa melepaskan mahkota," bunyi iklan Burger Kingg versi Sepanyol.
Sementara iklan lainnya berbunyi, "Jika anda sedang mencari pekerjaan, kami memiliki mahkota baru untuk anda".
Ada juga yang berupa surat pendek yang ditujukkan kepada Putera Harry.
"Kami mengetahui bahwa Putera dan Duchess memutuskan untuk undur daripada peranan mereka dalam keluarga kerajaan dan akan bekerja untuk berdikari dari segi kewangan."
Tawaran pekerjaan oleh Burger King. - Foto https://www.britishasianews.com/default.aspx
Memetik Businessinsider, Rabu (15/1/2020), bayaran bekerja di restoran Burger itu mencapai sekitar AS$8 atau kira-kira RM32 sejam.
Meskipun terlihat kurang sopan, namun tulisan dalam akaun Twitter @BurgerKing itu membuat sebahagian netizen tertawa.
"Burger K**g - satu-satunya keluarga kerajaan yang aku hargai," ujar pemilik akaun @OakViewFilms.
"Kamu pemenang Internet hari ini," tulis netizen berakaun @00Reject.
"Mungkin penting bercakap dengan Putera Andrew, dia juga sedang mencari pekerjaan."
"Dia tidak perlu bersusah payah, jadi kamu tidak perlu bimbang tentang dirinya di dapur," komen netizen berakaun @pscassidy_UK yang mengingat Putera Andrew juga bercuti dari tugasnya sebagai keluarga diraja England.
Sebelum ini, ada laporan yang mengatakan bahawa Meghan akan kembali terjun ke dunia hiburan dengan menandatangani kontrak dengan Disney. Dia dilaporkan akan menjadi pengisi suara bagi sebuah projek Disney yang belum didedah.
Sebagai balasan atas kerja Meghan itu, syarikat hiburan raksasa berkenaan akan terlibat dalam sebuah kegiatan amal untuk gajah, Elephants Without Borders. - KitaReporters.com