MENGACARA program realiti 'Bigg Boss' musim ke-13 baru-baru ini, Salman Khan mengungkap banyak perkara mengenai kehidupan peribadinya. Satu antaranya adalah mengenai cinta pertamanya. : KitaReporters.com
Salman Khan menceritakan sosok perempuan yang membuatnya jatuh cinta untuk pertama kalinya.
Perempuan itu bukanlah seorang selebriti, sebaliknya guru bahasa Inggerisnya.
Program realiti 'Bigg Boss' ini terbitan Colors Channel adalah antara rancangan popular yang menyentuh kehidupan peribadi golongan selebriti.
Ia kini sudah memasuki musim ke-13 dengan Salman Khan sebagai pengacara program.
Memetik laporan berita OBN pada Selasa (7/1/2020) lalu, Salman jatuh hati kepada guru bahasa Inggerisnya yang bernama Kiran.
Setelah itu, Salman Khan berseloroh dengan menuduh Shah Rukh telah mencuri kisah cintanya demi menaikkan kariernya.
"Semuanya bermula dari situ, aku memberitahu Shah Rukh Khan tentang ini. Lalu dia membuat filemnya," kata dia yang lanjut tertawa terbahak-bahak.
Shah Rukh Khan bersama Juhi Chawla sebagai Kiran dalam filem 'Darr'. - Foto arkib 'Darr'
Shah Rukh diketahui pernah membintangi filem berjudul ‘Darr’ dan mula diedarkan pada 24 Disember 1993.
Dalam filem tersebut, ada tokoh bernama Kiran yang dilakonkan oleh Juhi Chawla. Sedangkan Shah Rukh Khan memainkan peranan seorang kekasih yang obsesif.
Shah Rukh memainkan karakter jahat dalam filem itu. Kendati demikian, dia berjaya menjadi pahlawan bagi filem itu, berkat lakonan memukaunya.
Filem arahan Sunny Deol itu berjaya menembus box office India hingga menaikkan karier Shah Rukh Khan.
Selain berbicara soal cinta pertamanya, Salman juga mencuba kerusi pengesan kebohongan.
DIa sempat ditanya oleh Kajol dalam program tersebut soal kekasihnya.
"Apakah kamu punya kurang daripada lima kekasih?" tanya Kajol.
Mendengar pertanyaan Kajol ini, Ajay Devgan menyambung, "pada satu waktu atau sepanjang hidup?"
"Menjawab pertanyaan Kajol, Salman Khan mengakui hanya memiliki lima kekasih sepanjang hidupnya.
Dia juga tidak malu mengatakan masih teruna pada usianya yang sudah mencapai 54 tahun.
"Ya (saya teruna) sampai berkahwin," kata Salman singkat. - KitaReporters.com