Santai 06 Sep, 2019

KONGSI MINDA BERSIH JIWA: BEZA KAWAN DAN SAHABAT

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> normalahamzah251@gmail.com

Share this
ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi Jumaat yang barokah, penghulu segala hari.

Gambar dari https://all-free-download.com/free-vectors/


Renungan.

Erti kawan dan sahabat.

Bersahabat kerana Allah.

Perlukah kehadiran seorang sahabat di sisi kita?

Jawapannya ya!

Semua orang ada kawan. Mungkin sahabatnya yang kurang.

Ada benarnya jika difikir secara positif. Selain keluarga kita perlu orang lain dalam hidup kita yang dipanggil kawan atau sahabat untuk berkongsi rasa.

Kawan datang dan pergi. Sahabat kekal.

Dalam hidup kita digalakkan berkenal-kenalan dan menjalinkan persaudaraan sesama kita dan menjadikan kawan atau sahabat sebagai insan penting dalam membentuk keperibadian dan kehidupan kita berlandaskan keikhlasan dari hati.

Sebab itu, kita sering diingatkan supaya bijak memilih kawan supaya mereka sentiasa mengajak kita kepada kebaikan dan bukan yang membawa kehancuran kepada masa hadapan kita sendiri.

Ingatlah..

Ada kawan, sekadar berteman atau suka-suka. Itu pun tak semua. Ada juga yang berjasa walau tak sama baik budinya dengan sahabat.

Memiliki sahabat sejati satu bonus.

Tak ramai orang mendapat nikmat bersahabat.

Sahabat sejati sukar dicari. Sahabat yang memahami diri kita ketika tenang mahupun beremosi, sabar dengan kerenah kita dan bersahabat dan menerima kita kerana Allah.

Mereka, orang yang mengisi kekurangan kita. Membetul mana yang kurang dan menegur bila kita buat silap. Bukan jadi pak turut dan mengikut apa sahaja yang kita suruh.

Bagi mereka ini, persahabatan adalah kasih sayang, keikhlasan dan kejujuran. Mereka juga menyimpan rahsia dan keaiban kita. Dan mereka teman susah kita yang tidak perlu dicari kerana mereka akan datang tanpa dipanggil.

Itulah istimewanya sahabat.

Tapi jangan lupa, kawan juga boleh berubah jadi sahabat bila hatinya sudah kita hadam luar dan dalam.

Awas juga dengan kawan yang tikam kawan!

Kita pula bagaimana, bolehkah dipanggil sahabat?

Cermin diri.... Selami hati. ❤️

🌹❤️Jangan lupa sebaik-baik tempat mengadu adalah Allah SWT.🌹❤️

Al-Fatihah untuk Osman Omar dan keluarga yang telah kembali kepada-Nya. Semoga tenang di sana.

13
0
2
0
1
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 5 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 5 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 5 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 5 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 5 years ago