Santai 09 Dec, 2019

[VIDEO] GUNDAH GULANA RAKAM LOKO DI CHINA

@ku syafiq ku fozi
Wartawan terakhir yang diterima bekerja secara tetap bersama Utusan Malaysia. Mula berkhidmat pada 1 November 2017 dan tamat pada 31 Oktober 2019. Pemerhati perkembangan muzik negara baik dalam arus perdana mahupun bawah tanah.

Share this

BUKAN mudah sebenarnya bagi sebuah kugiran ‘muda’ untuk membina nama jauh sehingga ke negara orang. Namun, detik-detik membanggakan itu sudah dirasai kugiran rock alternatif yang semakin meningkat naik, LOKO. : KitaReporters.com

BARU dua tahun aktif, LOKO sudah berjaya mencipta nama di negara luar. - Kredit Gambar Twitter LOKO


Walaupun baru dua tahun bergiat aktif secara mandiri dalam ‘scene’ muzik indie di negara ini, LOKO pantas memikat hati pendengar terutamanya anak muda dengan gaya serta muzik segar yang dipertaruhkan.

Oktober lalu, LOKO mencipta sejarah mereka sendiri apabila diundang untuk membuat persembahan di beberapa tempat di China.

Memori manis sepanjang jelajah itu juga dirakam dan diabadikan dalam video muzik terbaharu mereka untuk lagu "Gundah Gulana".

Menurut kugiran itu, walaupun rancangan konsep sebenar untuk video muzik tersebut tidak dapat dilaksanakan berikutan kekangan masa, mereka tetap menggunakan bahan yang ada untuk menghasilkan video muzik itu sebagai merakam memori ‘sekali seumur hidup’ itu dalam bentuk video muzik.

“Sebenarnya, memang sudah ada pasang niat untuk cuba rakamkan sekurang-kurangnya sesuatu yang kami boleh bawa balik dan jadikannya sebagai video muzik untuk lagu seterusnya. 

“Semasa proses menyunting video muzik, kalau diikutkan tak cukup bahan, jadi kami tukar rancangan saat-saat akhir dengan menggunakan beberapa rakaman peribadi kami dan dari vlog,” katanya ketika dihubungi KitaReporters.com

VIDEO muzik "Gundah Gulana" yang dirakamkan di China sebagai kenangan LOKO berjelajah di sana buat pertama kali.

"Gundah Gulana" merupakan single ketiga LOKO dari album "Mata Kaca" yang dirilis Julai lalu.

Sebelum ini, LOKO terlebih dahulu dikenali melalui single "Pujaan Hati" dan "Untuk Dia".

Bercerita tentang pengalaman mereka membikin jelajah di China, LOKO tidak menafikan wujud rasa gerun menanti sambutan peminat di sana.

“Disebabkan kami LOKO pun baru sahaja nak bertapak dan ingin menempa nama dalam industri tempatan, faktor tersebut menambahkan lagi tekanan untuk beri yang terbaik di sana. 

“Namun, jangkaan kami dipintas dengan sambutan penonton China yang amatlah terbuka dan sangat menyokong kami. 

"Secara jujur, ia buatkan kami sangat terharu semasa di sana. Kebajikan kami dari hari pertama hingga ke hari terakhir dijaga dengan sangat rapi dan selesa,” katanya. - KitaReporters.com

ANTARA gambar kenangan yang sempat dirakam selepas persembahan di China. - Kredit Gambar : Twitter LOKO

9
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago