Santai 06 Mar, 2020

ARTIS MELETOP PILIHAN KORANG? CEPAT PILIH...

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this

ANUGERAH pilihan penonton yang memberikan kuasa sepenuhnya kepada peminat untuk menentukan pemenang bagi kesemua 15 kategori utama yang dipertandingkan, kini memasuki fasa kedua apabila senarai penuh pencalonan akhir ‘Top 5’ diumumkan pada Selasa, 3 Mac 2020. : KitaReporters

Sebahagian daripada barisan artis yang hadir pada sidang media AME 2020 pada 3 Mac 2020.


Terdahulu undian fasa pertama Anugerah MeleTOP Era atau AME yang dibuka pada 29 Januari 2020 ditutup secara rasmi pada 25 Februari lalu.

Mendominasi pencalonan akhir, pelakon Mira Filzah seperti yang dijangka ramai disenaraikan untuk empat buah kategori iaitu ‘Pelakon MeleTOP’, ‘Bintang Filem MeleTOP’, ‘Artis Versatil MeleTOP’ dan ‘Fesyen MeleTOP’.

Beliau diikuti pemenang anugerah ‘‘Top Top MeleTOP Wanita’ edisi tahun lalu, Siti Nordiana  dengan empat pencalonan akhir menerusi tiga buah kategori individu iaitu ‘Lagu MeleTOP’, ‘Penyanyi MeleTOP’ dan ‘Artis Versatil MeleTOP’ serta pencalonan bersama dengan Khai Bahar bagi kategori  ‘Grup/Duo MeleTOP’.

Sementara itu, kumpulan hip hop terkenal yang semakin mendaki populariti dalam arena muzik arus perdana, K-Clique turut cemerlang dengan pencalonan untuk tiga buah kategori iaitu ‘Lagu MeleTOP’, ‘Grup/Duo MeleTOP’ dan ‘Artis Baharu MeleTOP’. 

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama K-Clique dicalonkan sepanjang penganjuran ‘AME’.

Dalam pada itu, hos utama ‘AME 2020’, Alif Satar (bawah, kanan) yang bakal berganding dengan Nabil Ahmad (bawah kiri) turut tercalon dalam tiga buah kategori iaitu  ‘Penyanyi MeleTOP’, ‘Hos MeleTOP’ dan pencalonan bersama dengan isteri beliau, Shadila Halid menerusi kategori ‘Couple MeleTOP’.


Manakala seorang lagi pasangan hos ‘AME 2020’ iaitu Jihan Muse juga tercalon dalam dua buah kategori iaitu ‘Artis Versatil MeleTOP’ dan ‘Hos MeleTOP’ meninggalkan Nabil Ahmad dengan ketiadaan pencalonan buat tahun ini.

Anak kepada pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, Alisa Aisyah merupakan satu-satunya ‘puteri’ comel yang tercalon untuk kategori ‘Si Cilik MeleTOP’.

AME 2020 kali ini juga, julung  kalinya melihat  kandungan animasi berjaya menembusi pencalonan akhir bagi kategori ‘Filem MeleTOP’ menerusi filem Ejen Ali The Movie dan BoBoiBoy Movie 2.


Sementara Allahyarham Abam Bocey berserta balu Siti Nurhidayah Mohd Ali turut tersenarai dalam pencalonan akhir bagi kategori ‘Couple MeleTOP’. 

Namun, Siti Nurhidayah mengambil keputusan untuk menarik diri. 

Dengan ini, pasangan selebriti yang mendapat undian keenam tertinggi selepas mereka secara automatik tersenarai pada pencalonan akhir bagi kategori tersebut.


Penganjuran ‘AME 2020’ edisi ketujuh penuh gemilang yang mengetengahkan tema ‘Epik Glam’ dengan tagline ‘Yang Epik, Yang Legend’ bakal dipancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad, 12 April 2020, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). 

Menariknya tahun ini, para pelanggan Astro yang memiliki dekoder ‘Ultra Box’ boleh menyaksikan siaran ‘AME 2020’ dalam format resolusi kualiti 4K UHD yang menawarkan pengalaman menonton dengan ciri-ciri teknologi terkini dan didatangkan beserta paparan visual yang lebih menakjubkan menerusi peranti pilihan masing-masing tanpa sebarang caj tambahan. 

Malah, untuk pilihan yang lebih fleksibel, ‘AME 2020’ turut boleh diakses menerusi perkhidmatan Astro Go dan On Demand.

“AME 2020 menjadi taruhan pertama Astro dalam membawakan program televisyen yang bersiaran secara langsung menggunakan teknologi format 4K UHD. 

"Majlis penganjuran acara berskala besar dan berprestij seperti AME ini dilihat sebagai platform terbaik untuk memperkenalkan pengalaman menonton yang dilengkapi dengan ciri teknologi terbaharu kepada para pelanggan. 

“Ini kerana program tersebut bukan sahaja melibatkan barisan artis terkemuka dan selebriti media sosial yang cukup berpengaruh dengan bilangan pengikut yang besar, malah turut disaksikan oleh jutaan peminat di kesemua rangkaian termasuklah platform televisyen, online dan acara lapangan,” ujar Putri Yasmin Megat Zaharuddin, Naib Presiden Strategi Kandungan, Perniagaan Antarabangsa dan GenNext Astro pada sidang akhbar yang berlangsung di Menara TA One.

Dari kiri: Erman Zaki, Putri Yasmin, Raqim Ahmad, Alif Satar dan Nabil Ahmad.

Turut hadir Raqim Ahmad, Ketua Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan & Drama Astro serta Erman Zaki, Pengurus Kandungan ERA, Astro Radio.

Majlis turut mengumumkan barisan artis yang bakal membuat persembahan pada malam kemuncak antaranya seperti Juara Gegar Vaganza 2019, Naqiu, Ernie Zakri, Floor 88 dan Haqiem Rusli.

Selain itu,  para tetamu dan media yang hadir turut dihiburkan oleh personaliti ERA, penyanyi dan rapper popular iaitu Dina Nadzir, Syamel, Tuju (K-Clique) dan Sophia Liana (De Fam) yang berpadu suara buat pertama kali menerusi lagu tema ‘AME 2020’ ciptaan komposer Navin D’Navigator. 

Tambah menarik lagi, lirik lagu tersebut adalah hasil nukilan bersama oleh Mambang, Sophia Liana dan Tuju.

Bagi memastikan ketelusan penganjuran ‘AME 2020’, badan audit bertauliah W.L. Chong & Associates telah dilantik untuk menyelia sebarang keputusan yang melibatkan undian orang awam.

Undian fasa kedua untuk menentukan pemenang akhir bagi setiap kategori boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi ‘AME 2020’ di www.anugerahmeletopera.com.my dan aplikasi SYOK serta melalui kiriman SMS bermula 3 Mac 2020, jam 6.00 petang hingga 12 April 2020, jam 12.00 tengah hari. 

Pemenang untuk setiap kategori akan diumumkan sewaktu siaran langsung malam ‘AME 2020’ pada 12 April 2020. 

Perlu diingat, setiap undian yang dihantar haruslah diterima dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. 

Jadi jangan lupa membuat undian awal jika mahu artis kesayangan anda menggengam trofi ya.


Berikut senarai penuh ‘Top 5’:

1. Grup Duo MeleTOP Era: 

  1. Ariff Bahran & Sarah Suhari (Bicara Rasa)
  2. Floor 88 (Aqilah, Hutang)
  3. Hafiz Suip & Adira (Takdir Tercipta)
  4. K-Clique Ft. Alif (Mimpi)
  5. Khai Bahar & Siti Nordiana (Satukan Rasa)

2. Lagu MeleTOP Era:

  1. Anta Pernama (Dato' Sri Siti Nurhaliza
  2. Hatiku Milikmu (Siti Nordiana)
  3. Hutang (Floor 88)
  4. Lembah Kesepian (Haqiem Rusli)
  5. Mimpi (K-Clique Ft Alif)

3. Drama MeleTOP:

  1. Budok Kuba (Astro Citra)
  2. Cemburu Seorang Perempuan (Astro RIA)
  3. Curi-Curi Cinta (Astro RIA)
  4. Setelah Terlafaznya Akad (Astro RIA)
  5. Sweet Dreams (Astro RIA)

4. Penyanyi MeleTOP Era:

  1. Alif Satar
  2. Ernie Zakri
  3. Haqiem Rusli
  4. Khai Bahar
  5. Siti Nordiana

5. Program MeleTOP:

  1. #Bizibody
  2. Big Stage S2
  3. Gegar Vaganza S8
  4. Maharaja Lawak Mega 2019
  5. Sepahtu Reunion Live 2019


6. Bintang Filem MeleTOP :

  1. Hairul Azreen
  2. Mira Filzah
  3. Remy Ishak
  4. Syafiq Kyle
  5. Zizan Razak

7. Hos MeleTOP:

  1. Ain Edruce (Limeletop)
  2. Alif Satar (Big Stage)
  3. Dato AC Mizal (Maharaja Lawak Mega 2019)
  4. Jihan Muse (Gegar Vaganza)
  5. Sherry Alhadad (Big Stage)


8. Filem MeleTOP:

  1. Boboiboy Movie 2
  2. Ejen Ali The Movie
  3. Polis Evo 2
  4. Pusaka
  5. Sangkar

9. Si Cilik MeleTOP:

  1. Alisa Aisyah (Hanis Zalikha & Hairul Azreen)
  2. Ardy Wira (Betty Rahmad & Ardy Damis)
  3. Ayden Adrean (Bella Astillah & Aliff Aziz)
  4. Jebat Jayden (Noor Nabila & Sharnaaz Ahmad)
  5. Syeriv Samheizy (Syatilla Melvin & Shahiezy Sam)

10. Artis Baharu MeleTOP:

  1. Fiey Julia (Perasaanku)
  2. Han Byul (Big Stage S2)
  3. Insomniacks (Pulang)
  4. K-Clique (Mimpi)
  5. Yusuf Bahrin (Sweet Dreams)


11. Fesyen MeleTOP:

  1. Alif Satar
  2. Fazura
  3. Mira Filzah
  4. Sham Visa
  5. Syafiq Kyle

12. Artis Versatil MeleTOP:

  1. Elly Mazlein (Pelakon, Hos, Online)
  2. Jihan Muse (Pelakon, Hos)
  3. Mira Filzah (Pelakon, Hos)
  4. Siti Nordiana (Pelakon, Penyanyi, Online)
  5. Zizan Razak (Pelakon, Penyanyi, Online)

13. Inflencer MeleTOP:

  1. Cupcake Aisyah
  2. Muabellaz
  3. Sofyank
  4. Sterk Production
  5. Syahmi Sazli Production


14. Couple MeleTOP:

  1. Alif Satar & Shadila Hadid
  2. Ardell Aryana & Nadzmi Adhwa
  3. Eyra Hazali & Haziq Nadzli
  4. Hanis Zalikha & Hairul Azreen
  5. Syatilla Melvin & Shaheizy Sam 

15. Pelakon MeleTOP:

  1. Amyra Rosli
  2. Ben Amir
  3. Mira Filzah
  4. Sean Lee
  5. Uqasha Senrose

Berita awal berkaitan AME 2020 ini boleh di baca di https://kitareporters.com/santai/M7e5qmAe2v

Good luck pada semua! - KitaReporters.com


1
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago