Santai 14 Jan, 2020

HAHA!! KU SANGKA ULAR RUPANYA ANAK KATAK

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this
SIAPA yang tidak gelabah jika berdepan "tetamu" yang tidak diundang yang boleh membahayakan nyawa. Kehadirannya pula pada malam hari, pasti riuh satu taman kalau tinggal di perumahan. : KitaReporter.com

Pasukan bomba dan penyelamat Semenyih bergegas ke rumah pengadu yang mendakwa dikunjungi 'tetamu' yang tidak diundang di rumahnya, di Taman Impian Semenyih, Semenyih, Selangor baru-baru ini. - Kredit foto Facebook Pok Cik


Itulah yang berlaku kepada seorang penduduk di Taman Semenyih Impian, Selangor baru-baru ini apabila panik sebelum menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat Semenyih selepas menyedari ‘sesuatu’  berada dalam tandas kediaman berkenaan.

Sebaik menerima panggilan pasukan yang diketuai Komander Operasi Pasukan Bomba dan Penyelamat Semenyih, Zairul Azmi Ramli berkata, pihaknya terus membuat pemeriksaan di dalam tandas berkenaan.

Namun ular yang ditemui pasukan bomba bukanlah daripada keluarga reptilia tapi rupanya seekor anak katak yang hanya sebesar ibu jari.

“Ketika tiba di lokasi anggota kami telah memeriksa paip di tandas selepas pengadu mendakwa terdapat seekor ular di dalam batang paip berkenaan.

“Namun selepas memeriksaan menyeluruh dibuat dan mendapati seekor anak katak dan bukannya ular seperti yang didakwa sebelum ini,” ujarnya yang dipetik dalam media sosial Facebook.

PASUKAN BOMBA dan Penyelamat berjaya mengeluarkan seekor anak katak dari batang paip di kediaman berkenaan, baru-baru ini.


SEEKOR anak katak yang berjaya dikeluarkan menggunakan alatan khas dari patang paip.


Perkongsian berkenaan telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook sebelum menjadi tular.

Katanya, anggota yang bertugas kemudian mengeluarkan dan menangkap katak berkenaan dengan menggunakan "peralatan khas" sebelum melepaskannya di kawasan selamat.

Tapi kan, kalau ikut lagu "Bangau oh Bangau"... kena juga berhati-hati keranan: "Memang makanan aku," kata ular.

Walau bagaimanapun, terima kasih abang bomba! KitaReporter.com

5
4
1
17
1
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago