Santai 11 Feb, 2020

NAK BELI BERUK PUN ADA BANTUAN KEWANGAN?

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this
PERMOHONAN bantuan kewangan untuk membeli seekor beruk mungkin dianggap pelik dan melucukan kepada pihak yang tidak memerlukan haiwan itu untuk keperluan mencari rezeki kerana ia jarang berlaku dalam kehidupan masyarakat negeri ini. : KitaReporters.com 

Mat Yusof Noh bersama beruk kesayangan yang banyak berjasa dalam kehidupan.


Walau apapun anggapan masyarakat, haiwan itu sememangnya amat berguna kepada seorang penduduk yang memerlukan beruk untuk mengambil upah memetik kelapa sebagai sumber pendapatan harian. 

Penduduk, Mat Yusof Noh, 56, dari Kampung Gong Beris, Rhu Rendang, Marang, Terengganu bertekad  memohon bantuan kerajaan untuk membeli seekor beruk walaupun tahu  perkara itu  tidak pernah dilakukan oleh orang lain.

Katanya, disebabkan kemiskinan beliau tidak mampu untuk membeli haiwan itu dan terpaksa memohon dengan pihak tertentu yang sedia membantunya. 

Hasrat itu kemudian disampaikan beliau kepada wakil Menteri Besar Terengganu yang secara kebetulan datang ziarah di rumah beliau pada 4 Februari 2020. 

Turut hadir dalam ziarah itu, Pegawai Khas Ahli Parlimen Marang, Harun Yusof dan Penyelia Pusat Khidmat DUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsuden. 

Bersimpati dengan permintaan itu Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Marang bersetuju meluluskan permohonan itu kerana ia memenuhi syarat kelayakan selain melihat kesungguhan Mat Yusof yang mahu mengubah nasib keluarga mencari rezeki dengan mengait buah kelapa menggunakan keringat haiwan itu. 

Harun berkata, permintaan seperti itu tidak pernah berlaku.

Bagaimanapun,pihaknya bersetuju untuk membantu Mat Yusof, oleh kerana beliau sangat bersungguh-sungguh untuk mendapatkan haiwan itu untuk mengambil upah mengait kelapa. 

“Selain daripada membeli beruk tersebut, bantuan pinjaman modal lain turut diagihkan,” katanya.

Permohonan Mat Yusof meminta bantuan membeli beruk diluluskan oleh Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Marang


Mat Yusof berkata, pemberian haiwan itu membuatkan dia lebih bersemangat untuk  bekerja, di mana dia kini mampu mendapatkan 300 sehingga 500 biji kelapa sehari.

Katanya, walaupun harga seekor beruk antara RM300 dan RM500 seekor tetapi dia tidak mampu membelinya dan terpaksa memohon bantuan kerajaan. 

“Saya tidak dapat bekerja berat kerana menghidap penyakit usus, jadi ini salah satu kaedah memudahkan dan mengurangkan kudrat dalam mencari rezeki,” katanya 

Mat Yusof berkata, ketika ini, beliau turut menerima bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). - KitaReporters.com

0
0
3
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago