SEJUMLAH orang kaya di China telah menghulurkan sumbangan kewangan bagi menghadapi wabak Koronavirus di negara itu dan kini sudah merebak secara global. : KitaReporters.com
Antaranya Pony Ma, pemilik syarikat Tencent yang menyumbang AS$43 juta (RM176.3 juta), Robin Li dari Baidu menyumbang sebanyak AS$43 juta (RM176,3 juta), Xu Jiayin dari Evergrande Group telah menyumbang AS$28 juta (RM114.8 juta) dan Ren Zhengfei dari Huawei menyumbang AS$4.3 juta (RM17.6 juta).
ROBIN LI
Jack Ma telah mengumumkan sumbangan lebih AS$14.5 juta (RM57.4 juta).
Sumbangan itu disampaikan melalui yayasan amalnya untuk membantu para saintis mencari vaksin mencegah dan merawat coronavirus, lapor sebuah laman web pada Jumaat, 31 Januari 2020.
Lebih kurang 40 peratus daripada sumbangan atau kira-kira AS$5.8 juta diberikan kepada Chinese Academy of Sciences dan Chinese Academy of Engineering untuk membiayai kerja penyelidikan menghasilkan vaksin untuk 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) atau virus Wuhan.
Bakinya digunakan untuk menyokong para staf di pelbagai institusi di China.
Tidak hanya sumbangan berbentuk kewangan, syarikat Jack Ma juga menawarkan penggunaan Artificial Intelligence (AI), yang dibinanya, secara percuma agar dapat membantu kumpulan penyelidik yang sedang mengawal merebaknya penyakit.
“Yayasan Jack Ma akan memaksimumkan kemampuan kami agar dapat memberikan bantuan lebih kepada kerajaan dan pertumbuhan perkembangan sains perubatan,” kata kenyataan yang dimuat naik dalam media sosial China, Weibo.
Terdahulu, Alibaba, syarikat e-commerce milik Jack Ma melalui kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada Ahad, 26 Januari 2020, mengumumkan akan menyumbang AS$144 juta (RM590.4 juta) untuk memastikan hospital-hospital di Wuhan dan wilayah Hubei, mempunyai segala bekalan yang diperlukan. - KitaReporters.com