MASA ini heboh dalam media berkenaan harga bawang yang naik sehingga tiga kali ganda. Harga bawang setakat ini memang betul-betul melambong, mahal dan ramai mengeluh terutama para suri rumah. Ini ada satu cadangan bermanfaat daripada asyik membawang sahaja!! : KitaReporters.com
Laman Facebook Azlina Mat Lazim
Alternatif lain yang boleh dibuat ialah kita boleh cuba untuk menanam sendiri. Kalau ada tanah-tanah kosong tu bolehlah mencuba.
Cara penanaman mudah ini dikongsi oleh Azlina Mat Lazim dalam laman media sosial Facebooknya.
Jadi tak payah nak membawang lama-lama, berikut adalah cara-cara penanaman bawang yang mudah dan simple tetapi hasil yang lumayan :
1. Nisbah media tanam:
- Lebihkan pasir dari tanah dgn nisbah 2:1
- Pasir = 2 bahagian campur tanah berkebun = 1 bahagian.
2. Tanam di tempat terbuka.
- Musim panas, siram cukup-cukup saja, jangan siram air banyak.
- Jika lebih air bawang jadi busuk, mereput dan buruk.
3. Potong bawang seperti dalam gambar :
- Potong sebelah atas bawang hingga nampak isi tengah dan bahagian bawah bawang,
- potong sedikit sahaja akarnya.
4. Benamkan 3/4 sahaja bawah bawang atas tanah.
- Jangan timbus bawang dalam tanah sepenuhnya.
- Tunggu bawang naik daun dalam 4 atau 5 inci, barulah ditimbus bawang itu.
5. Kerap gemburkan tanah di sekeliling bawang
- baik untuk pertumbuhan bebawang baru.
6. Bila sudah banyak keluar bebawang, jangan timbus dah
- biarkan sahaja.
Pembajaan dibuat dua kali seminggu guna baja AB, bancuhan seperti biasa. Boleh juga guna baja-baja lain yang difikirkan baik.
Dua bulan selepas ditanam, ia sudah boleh dituai. Jika pokok bawang berbunga, jangan dibiarkan, terus petik dan buang kerana ia hanya akan merencatkan pembesaran bawang.
Bawang yang dituai perlu dijemur untuk dapatkan bawang yang siap diguna.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan untuk mereka yang ingin memulakan penghasilan bawang menerusi pertanian bolehlah mencubanya. Selamat membawang!! - KitaReporters.com