KETERUJAAN sebuah keluarga untuk bergembira di karnival yang berlangsung di Antipolo City, Filipina bertukar mimpi ngeri apabila dua anak lelaki mereka dalam lingkungan usia sembilan tahun mengalami kecederaan. : KitaReporter.Com
Dua kanak-kanak trauma selepas kerusi permainan Spiral Jet yang mereka naiki tercabut menyebabkan mereka tercampak keluar. - Foto Kredit GMA News Online
Kejadian tersebut yang berlaku secara tiba-tiba menyebabkan dua kanak-kanak berkenaan tercampak dari kerusi ketika mengambil bahagian dalam permainan dinamakan ‘Spiral Jet’.
Terdahulu, permainan berkenaan beroperasi secara baik sebelum kerusi yang mereka duduki tercabut, yang menyebabkan mereka tercampak keluar.
Namun
pasangan adik beradik itu bernasib baik mereka hanya tercampak dalam kawasan
yang sama dan dalam ketinggian yang
tidak merbahayakan.
Walaupun
hanya cedera kecil, yang pasti meninggalkan trauma yang mendalam kepada
kanak-kanak berkenaan.
TERDAHULU permainan berkenaan beroperasi secara baik sebelum kerusi yang mereka duduki tercabut menyebabkan mereka tercampak keluar.
Bagaimanapun, penganjur program berjanji untuk bertanggungjawab dengan kejadian dan akan
menyiasat punca kejadian berkenaan.
Malah mereka
berjanji membayar ganti rugi serta bil perubatan hospital yang ditanggung oleh mangsa.
Itulah
dinamakan malang tidak berbau!
Semoga kejadian berkenaan memberi pengajaran kepada penganjur program supaya lebih berhati-hati dan sentiasa memantau peralatan terutama melibatkan keselamatan dan nyawa kanak-kana k.
Kita saksikan rakam detik mencemaskan tersebut. - KitaReporter.com