Santai 27 Feb, 2020

NAK NAMPAK "ELEGANT" SEPERTI EL? DAH TENTU!!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

WANITA mana yang tidak mahu kelihatan cantik? Kerana itulah lambakan produk kecantikan berlumba-lumba melahirkan yang terbaik buat mereka, lebih-lebih lagi setiap wanita memiliki kulit yang berlainan. Terbaru, Whitening Emulsion keluaran Elegant Cosmetics yang menjadikan pelakon Elfira Loy sebagai dutanya boleh menjadi pilihan wanita yang masih mencari produk sesuai buat empunya diri. : KitaReporters.com


Produk sulong Elegant Cosmetics Sdn Bhd ini menyaksikan pelancarannya berlangsung dalam suasana glam diiringi gesekan biola Mohabatin bersama Elfira dan mereka yang terbabit diketuai Pengarah Urusan syarikat, Rain Aziz, Sean Rahman (Branding); David Lin (Pengarah R&D); Hafis Omar (Pemasaran & Jualan); Al-Amin (Kewangan) dan Jane Haya selaku jurucakap produk.

Dari Kiri: Al-Amin, Rain Aziz, Sean Rahman, Elfira Loy, Jane Haya, Hafis Omar dan David Lin pada majlis pelancaran Whitening Emulsion Elegant yang berlangsung di Hotel Le Meredien, Kuala Lumpur pada 21 Februari 2020.


Umum pasti maklum bukan mudah bagi seseorang artis untuk terus menerima tawaran sebagai duta produk jika tidak mencuba serta berpuas hati dengan kesannya dan ini jugalah yang diutamakan oleh Elfira Loy.

“Saya adalah seorang yang amat teliti. Setiap produk yang hendak diperagakan mestilah berkualiti dan tidak mendatangkan kesan pada pemakainya,”  ujar Elfira atau lebih mesra disapa El ketika ditemui pada majlis pelancaran Whitening Emulsion Elegant di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada Jumaat, 21 Februari 2020.

Menurutnya, melihat kepada kualiti yang dihasilkan melalui pelbagai proses oleh pembuat serta mencubanya selama sebulan, baharulah beliau yakin menerima pelawaan sebagai dutanya.

“Saya bersetuju selepas mendapati produk ini memang bagus dan tidak melekit apabila disapu malah selepas sebulan menggunakannya kesan yang diperoleh amat memuaskan dan serasi dengan kulit saya,” tambah El.

Menurut beliau, istimewanya Whitening Emulsion, ia mempunyai pelbagai fungsi dan bukan setekat mencerahkan kulit bahkan kandungannya mampu menjadi pelindung daripada sinar UV.

Menurut ibu muda berusia 25 tahun ini, antara faktor lain yang menyebabkan beliau menyukai produk tersebut adalah baunya yang harum, sekali gus mampu mengembalikan keremajaan pada kulit waima  memperbaiki struktur serta merawat masalah jeragat dan pori terbuka.

Dan yang lebih penting jelasnya, produk ini dijamin selamat kerana telah pun mendapat pengiktirafan di bawah Sistem Notifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Elfira dan Jane memperlihatkan produk Whitening Emulsion Elegant dengan 'packaging' yang menarik.

Sementara itu, bercakap lanjut mengenai produk yang berasaskan air ini, Jane Haya memberitahu, ia mengandungi vitamin E dan B3 bagi membantu mengatasi masalah penuaan, di samping mencerahkan tona kulit.

“Ia juga mampu menjadi asas solekan waima kandungan SPF 50++ bertindak mengelakkan sinaran UVA dan UVB,” tambah Jane.

Whitening Emulsion dicipta dengan campuran ramuan bermutu tinggi dari dalam dan luar negara seperti Perancis, Switzerland dan Korea.


Menyentuh bab pemasaran dan jualan, Rain Aziz memberitahu, syarikat yang mempunyai lebih kurang 100 rakan niaga seluruh negara merancang meluaskan pasaran ke Indonesia dengan kerjasama Matrade.

“Namun sebelum itu sudah tentu kami mahu kukuhkan terlebih dahulu pasaran di negara sendiri dan yang terdekat seperti di Singapura dan Brunei,” ujar Rain.

Menyasarkan jualan mampu mencecah 200,000 unit dalam tempoh tiga bulan sebelum Hari Raya Puasa ini, Rain memberitahu, pihaknya masih membuka peluang kepada mana-mana individu yang berminat untuk menjadi rakan niaga.

“Dengan serendah RM670 mereka boleh menjadi ‘junior partner’ kami,“ tambah Rain sambil memberitahu pihaknya menyediakan lima peringkat sebagai  rakan niaga iaitu Elite, Prefered, Premium, Senior dan Junior.

Menggunakan sistem online dalam urus niaga secara ‘cashless’, Rain memberitahu syarikat mempunyai perancangan untuk mengeluarkan lagi 9 produk penjagaan kulit dalam masa terdekat.

Apa pun, jika anda mahu mencuba keberkesanan 'Whitening Emulsion' Elegant yang berharga RM79.90 bagi Semenangjung Malaysia dan RM84.90  untuk pasaran Sabah dan Sarawak boleh memperolehnya melalui rakan niaga sah Elegant Cosmetics yang terdapat berdekatan negeri masing-masing.

Info lanjut boleh layari laman rasminya di https://www.facebook.com/elegant.onecosmeticshq/ - KitaReporters.com


1
1
0
1
1
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago