Santai 30 Dec, 2019

TAHU PENYAKIT PALING BAHAYA? BOLEH MERANA!!

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this
ASSALAMUALAIKUM dan selamat sejahtera. Kongsi minda bersih jiwa. : KitaReporters.com


Menulis Dari Jiwa... Renungan.

Susah bila ada penyakit hati. Mereka-reka cerita tak betul. Kebodohannya sangat ketara. Tak sedar jadi bahan ketawa

Penyakit hati sangat bahaya. Boleh jadi merana jika tak kena cara. Tak ada yang menegur dan menasihat. Sampai sudah dia rasa hebat.


Ini perkongsian saya hari ini. Soal hati.

Hati busuk dan hati bersih. Hati yang jika tidak dijaga boleh rosak dan memusnahkan hubungan, kata Siti membuka cerita.

Menurut Siti, di pejabatnya ada seorang hamba Allah ini. Kerjanya cari salah orang. Kita pun pelik, kenapa kita jadi sasaran. Difitnah, direka cerita yang bukan bukan. Dijaja cerita kita yang langsung tak betul.

Pada hal kata Siti, kita langsung tak usik dia. Tak ada masa pun untuk kerja-kerja hendak membawang nih, apa lagi di tempat kerja.

Kita buat kerja ikhlas sebab itu rezeki kita.


Dihasutnya orang keliling boikot kita. Jauhkan diri daripada kita. Dikatanya kita spy boss.. Tukang bagi laporan kat boss. Ada ka patut?

Dia masuk kerja selalu lewat. Keluar minum berjam-jam. Belum masuk bab ponteng. MC kerap sangat. Tapi boleh pula merayap kat Mall dan panggung wayang.

Cerita Siti lagi, dia tak tahu boss siasat sendiri, follow dia dan cari bukti. Itupun boss masih bertimbang rasa, nasihat elok-elok. Cakap baik baik. Sebab kasihankan dia.

Pun masih tak berubah. Salahkan orang. Tuduh orang nak aniaya dia.

Susah kalau orang terlebih bijak ni. Dia sahaja betul. Orang lain semua salah. Dari orang marah jadi bahan ketawa.

Jalan terbaik kata Siti, diam. Tutup mulut. Pedulikan dia. Kita tengok setinggi mana tupai nak melompat. Hari ini mungkin selamat, esok belum tentu.


Kata orang, kalau ada yang cemburukan kita, tandanya kita istimewa. Betulkah?

Jangan berangan. Tapi berwaspada. Di mana-mana ada parasit macam ini. Jangan layan. Lama-lama dia mati kutu, jadi seperti katak bawah tempurung.

Kita doakan yang terbaik untuk dia. Semoga muhasabah diri. Sama-sama berhemah di tempat cari rezeki. Semua orang sama, walau rezeki berbeza.

Berhenti salahkan orang. Cermin diri. Tanya hati, jujur ke kita dalam kehidupan ini atau sekadar bermain dengan api?

Maaf kalau terasa. Tanpa niat apa-apa, cuma berkongsi rasa, untuk baiki hati kita, iman kita.


Iktibar dari kisah ini:

Terima hakikat ini juga sebagai ujian dari Allah untuk kita.

Jangan layan orang macam ini. Tapi terus berkawan. Buat macam biasa. Dia nak tegur alhamdulillah, jika tidakpun, tidak mengapa. Allah kan ada!

Jangan berlawan api dengan minyak. Elak bertikam lidah dengannya. Cakap yang baik-baik walau tak ada respons. Biasa orang begini ada masalah jiwa.


Ada penyakit hati yang berpunca dari tekanan. Yang tak boleh tengok orang senang daripada dia. Kadangkala apa dibuat dan dikatapun dia tak sedar.

Mereka orang yang gagal dalam kerjaya dan hidup. Prestasi merudum. Buat kerja tak fokus. Disiplin hancur.

Orang semakin berjaya, dia ditakuk lama. Mana tak sakit jiwa. Akhirnya kacau hidup orang.

Minda, hati dan tindakannya tidak selari. Mereka sendiri membuka aib diri. Mereka perlu bantuan. Rujuk untuk kaunseling contohnya.

Apapun tidak semudah itu. Sebagai kawan bantu dia untuk berubah. Caranya "go with the flow". Lihat pada keadaan. Lama-lama mereka akan sedar.

Jika tak berubah juga, majikan boleh bertindak.

Buat sementara kita harus ingat, kita tidak sempurna. Allah hadirkan orang seperti itu untuk menyedarkan kita. Allah bukan sahaja uji dia tapi menguji kita juga!


❤️🌹 Kikis perasaan marah ganti dengan maaf. Ia menjadikan kita tenang daripada terus marah sehingga jiwa menjadi parah. Kemaafan adalah pesanan dari Allah yang terindah.  ❤️🌹 - KitaReporters.com
1
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago