Santai 08 Dec, 2019

EMAS SEA: ATLET SELANGOR DIJANJIKAN GANJARAN

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, menyertai akhbar mingguan tabloid Buletin Utama dan Harian Watan 1994-1996. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (Bernama TV). Pemenang Peraduan Penulis Sukan Piala Asia AFC 2007 dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2008-2017. E-mel: [email protected]

Share this
ATLET-ATLET negara kelahiran Selangor yang berprestasi cemerlang dengan menyumbangkan pingat emas Sukan SEA Ke-30, Filipina 2019 buat kontinjen negara, turut dijanjikan dengan ganjaran tertentu dan dijangka agak lumayan oleh kerajaan negeri itu. : KitaReporters.com

TENGKU Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah (tengah) dan Amirudin Shari (kiri) serta Mohd. Khairuddin Othman bersedia bersama 6,000 peserta untuk memulakan Larian Menjunjung Kasih 2019 di Dataran Majlis Bandaraya Petaling Jaya, hari ini (8/12/2019). 


Pengerusi Jawatankuasa  Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan negeri, Mohd. Khairuddin Othman berkata, antara yang dikenal pasti ialah pemenang tiga emas gimnastik artistik wanita, Farah Ann Abdul Hadi.

“(Insentif ini) selaras dengan hasrat kerajaan negeri dan Menteri Besar, Amirudin Shari untuk melihat dan mengiktiraf kejayaan anak-anak jati Selangor. Kami akan tentukan nilainya dan sampaikannya kepada mereka yang cemerlang ini dalam satu program khas.

“Sama ada akan ada peningkatan kadar ganjarannya, kenalah tunggu laporan (Majlis Sukan Negeri Selangor - MSNS) tetapi tetap akan ada seperti tahun-tahun terdahulu,” katanya ketika ditemui pada Larian Menjunjung Kasih2019 di Dataran Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Petaling Jaya hari ini (8/12/2019).

Farah, 25, kelahiran Subang Jaya, Selangor ini mengumpul tiga emas dalam acara kitaran semua, palang bertingkat dan senaman lantai di Coliseum Peringatan Rizal, Manila , minggu lalu.

Turut berangkat dan memeriahkan larian yang bersempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ke-74 ini ialah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar, Amirudin.

Larian ini disertai kira-kira 6,000 peseerta dalam 11 kategori iaitu 21 Kilometer Lelaki dan Wanita Terbuka, 21 Km Antarabangsa, 10 Km  Lelaki dan Wanita Terbuka, 10 Km Pelajar Lelaki dan Perempuan, 5 Km Larian Ria dan Orang Kurang Upaya.

Mengenai larian edisi kelima ini yang turut mengajak masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dan memupuk perpaduan, kata Khairuddin, “kerajaan Selangor akan terus memperbanyak program seumpamanya.

“Kami juga akan adakan satu lagi program, Larian Ambang 2020 pula (penghujung bulan ini),” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Jaras sambil ditemani Pengarah Eksekutif MSNS, Adi Faizal Ahmad Tarmizi. 

TENGKU Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah (depan) bersemangat menamatkan larian. 


Sementara itu, katanya, Selangor telah memasuki proses pembidaan hak tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) 2022 untuk bersaing dengan tiga lagi negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Sabah.

Jelasnya, keputusan siapa pemenang hak itu dijangka diketahui bulan depan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma.

“Jika berjaya jadi tuan rumah Sukma 2022, Selangor hanya akan menaikkan taraf kemudahan-kemudahan sukannya tanpa perlu membina yang baharu. Kami yakin peluang meraihnya cerah kerana mempunyai kelebihan besar aspek itu.

“Tiada masalah untuk jadi tuan rumah (lagipun) Selangor ada banyak pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mengawal selia kemudahan-kemudahan sukan ini dan banyak kejohanan atau program sukan dilangsungkan di sini.

“Keunikan lain bidaan ini biarlah jadi rahsia kami dulu manakala jenis-jenis sukan yang akan kami cadangkan pula, saya serahkan kepada MSNS,” katanya.

Namun sudah tentu katanya, Selangor yang pernah menjadi tuan rumah Sukma kali terakhir pada 1998 turut memasang wawasan bergelar juara keseluruhan Sukma 2022.

Mengenai Sukma 2020 di Johor pula katanya, MSNS juga telah meletakkan sasaran tiga teratas dalam pungutan pingat keseluruhan buat kontinjen negeri dengan sukan prospeknya ialah bola sepak, hoki, boling padang dan sukan tempur serta ragbi.

“Sasaran Selangor dalam Sukma Johor 2020 ialah 40 emas, 40 perak dan 45 gangsa. Kami akan cuba kekalkan dalam antara tiga teratas pungutan pingat,” katanya. - KitaReporters.com

 

0
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago