Santai 18 Mar, 2020

BELIAN PANIK: ROSYAM MART KAWAL PELANGGAN

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
TIMBULNYA berita palsu sejak Ahad, 15 Mac 2020 mengenai  arahan ‘lockdown’ oleh kerajaan menimbulkan keresahan masyarakat sehingga ramai yang membuat pembelian panik serta menyerbu pasar raya bagi mendapatkan stok barangan asas. Antara pasar raya yang diserbu ialah ST Rosyam Mart. : KitaReporters

ST Rosyam Mart terpaksa menyekat jumlah pelanggan untuk masuk akibat belian panik. - Kredit foto: IG Rosyam Nor @Iamrosyaam

Datuk Rosyam Nor, pemilik ST Rosyam Mart di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur, terpaksa mengarah kemasukan pelanggan disekat dan dihadkan ekoran pembelian panik ini.

“Saya tahu semua tiba-tiba jadi panik dan datang beramai-ramai, saya harap anda semua boleh bersabar kerana dalam pasar raya dah penuh.

“Minta maaf sebab keadaan dah jadi macam ni jadi kami terpaksa tahan orang dekat luar supaya tak masuk dalam agar tidak menjadi terlalu padat,” katanya dalam IInstagramnya @Iamrosyam.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, Rosyam Mart akan dibuka 24 jam dan penghantaran stok barang dari pembekal akan berjalan seperti biasa.

“Kalau kita bagi semua orang masuk akan jadi lagi padat dan akan menyebabkan kesukaran untuk membeli barang nanti jadi kelam-kabut.

“Minta maaf sebab keadaan dah jadi macam ni jadi kami terpaksa tahan orang dekat luar supaya tak masuk dalam agar tidak menjadi terlalu padat,” kata Rosyam Nor, atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsudin, 53.

https://www.instagram.com/iamrosyam/


Sementara itu, netizen juga menyambut baik langkah pengawalan keluar masuk pelanggan ke Rosyam Mart ekoran penularan virus penyakit Koronavirus-2019 (Covid-19) ini, sekali gus memastikan keadaan selamat serta terkawal di dalam pasar raya.

"Kami sekeluarga memang tiap2 bln ke rosyam mart utk beli brangan dapur.. Walaupun jauh snggup ke rosyam mart semata2 beli brg dapur buat stock.. 

"So bila jd panic buying ni dlm kple otak ttp akan tuju ke rosyam mart.. Harap2 keadaan di sana masih blh dikawal.. 

"Kami faham kalau dato buat sekatan mcm tu demi utk keselamatan semua... Kerjasama pelanggan jgk penting... Alhamdulillah kalau stock brg di kedai mencukupi... Nanti kami akan kesana utk tp4 brg rumah...," kata @eiyrha_farzhira dalam IG milik Rosyam Nor.

"Boleh sekat.atau secara kumpulan demi kumpulan.. dan bersyarat tidak melebihi 1 jam shopping," kata @theonlikaka pula. 

@ramdhan_eiss pula berkata, "Bukan hanya cramp/sempit saja, tapi langkah2 keselamatan atau jangkitan tu lagi penting. Semoga kita terus berdoa.." - KitaReporters



0
0
0
1
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago