Santai 11 Feb, 2020

APA YANG PENTING? PELANGGAN PUAS HATI!!

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this
ASPEK kepentingan dan kepuasan pelanggan diberi keutamaan dalam usaha untuk menjadikan perniagaan yang diceburi mendapat sambutan menggalakkan. Sehubungan dengan itu, segala hasil kerja perlu dilakukan dengan teliti, kemas dan menarik yang sentiasa menjadi idaman setiap pelanggan dan orang ramai. : KitaReporters.com

Kedai Jahit dan Alter Pakaian Kak Gee yang terletak di Pusat Bandar Taman Equine, Bandar Putra Permai, Selangor.

Ciri-ciri ini dijadikan sebagai kreteria utama oleh seorang usahawan kedai jahit, Nor Azizi Md Taib, 59, dalam aktiviti perniagaannya yang mampu bertahan hingga hari ini, sekalipun menghadapi saingan sama ada daripada kedai-kedai jahit moden, butik mahupun mereka yang telah lama bertapak dalam bidang berkenaan.
Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Kak Gee membuka perniagaan Kedai Jahit dan Alter Pakaian Kak Gee di Pusat Bandar Taman Equine, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor di mana sebelum ini menjalankan kegiatan berkenaan daripada rumah.

Nor Azizi melayan dan berbincang dengan pelanggannya yang berurusan untuk baiki (repair) pakaian.

Dalam pertemuan pada Rabu, 5 Februari 2020 di premisnya di Taman Equine beliau berkata, prinsip hasil kerja yang teliti, kemas, cermat, halus dan menarik serta menepati masa sentiasa menjadi kegemaran pelanggan tanpa mengira kaum.
Malahan beliau turut menerapkan konsep tersebut kepada pekerjanya seramai empat orang itu supaya bahan-bahan kerja dihasilkan dapat memberi kepuasan kepada pelanggan dan orang ramai yang berurusan di kedai berkenaan.

Sebahagian tempahan pakaian yang sudah siap menunggu pemiliknya datang mengambil.

"Setiap orang terutama pelanggan yang selalu berurusan di kedai saya selalunya puas hati dengan kerja-kerja jahitan yang dihasilkan kerana ciri-ciri kerja teliti, kemas dan cermat yang diterapkan," ujarnya.
Berasal dari Jitra, Kedah, Nor Azizi menjalankan perniagaan kedai jahit tersebut sejak enam tahun lalu pada 2015  hasil kerjasama dan dorongan suami beliau yang bertugas dengan syarikat minyak negara.
Modal permulaan beliau membuka kedai jahit ini sebanyak RM50,000 adalah sumbangan suami termasuk pembelian tiga buah mesin jahit baharu dan tiga buah mesin jahit terpakai.

Salah seorang pekerja di Kedai Jahit dan Alter Pakaian Kak Gee memotong kain untuk dijadikan baju yang ditempah oleh salah seorang pelanggan.

Mengenai kemahiran ilmu jahitan, Kak Gee memberitahu, beliau belajar melalui kelas KEMAS dan belajar secara praktikal dengan syarikat swasta semasa berada di kampung di Jitra dahulu.
Malahan, katanya, semasa bersekolah di Tingkatan Lima mengambil mata pelajaran Urusan Rumah Tangga yang melibatkan pelajaran jahitan dan masakan.

Waktu itu jika dibandingkan antara kedua-duanya pelajaran masakan lebih digemari.

Malahan beliau pernah mendapat tempat pertama dalam pertandingan masakan peringkat Sekolah Menengah Bagi Negeri Kedah.

Dua pekerja menyiapkan tempahan daripada pelanggan tetap Kak Gee.

Katanya, walaupun dah buka kedai jahit, tetapi tetap gemar memasak terutama bila ada masa lapang, malahan dia juga memasak untuk pelajar di kelas tadika seramai 30 orang yang diuruskannya.

Kedai jahit Kak Gee sering menjadi tumpuan ramai terutama pada Sabtu dan Ahad selain hari-hari biasa sama ada berurusan membuat tempahan pakaian baru atau baiki (repair) baju, seluar, jubah dan sebagainya.

Antara produk yang dihasilkan oleh kedai jahit beliau termasuklah menjahit baju kurung, kebarung, kebaya, blaus, baju Melayu, kemeja, kurta, jubah lelaki, jubah perempuan, baju korporat, baju kanak-kanak, jahit langsir, jahit tudung dan pelbagai.

Nor Azizi pemilik Kedai Jahit dan Alter Pakaian Kak Gee di Pusat Bandar Taman Equine,Bandar Putra Permai.

Selain itu, Kak Gee ada juga menjalankan kegiatan repair pakaian termasuk potong kaki seluar, kecilkan baju, seluar, repair jubah dan lain-lain.

Pelanggan kedai jahit Nor Azizi bukan hanya tertumpu mereka yang tinggal di sekitar Taman Equine, Bandar Putra Permai dan Seri Kembangan juga hingga ke Shah Alam, Salak Tinggi, Bangi, Klang dan Putrajaya.

Malahan ada pelanggannya yang telah berpindah ke Pahang masih berurusan membuat tempahan pakaian.

Bagaimanapun untuk mengurangkan kos, bahan-bahan tempahan dihantar menggunakan pos.

Sebelum membuka kedai jahit di tapak yang sama, Nor Azizi menjalankan perniagaan menjual jeruk keluaran Syarikat Jaruk Pak Ali, bagaimanapun disebabkan perniagaan tersebut agak lembab, beliau terpaksa menghentikannya dan menggantikan dengan perniagaan jahitan saperti yang ada sekarang.

Walaupun waktu makan salah seorang petugas di Kedai Jahit dan Alter Pakaian Kak Gee gigih menyiapkan tempahan pelanggan.

Beliau juga memberitahu bersedia menerima tempahan baju korporat oleh badan-badan dan agensi kerajaan selain menerima tempahan pakaian untuk jualan iaitu tempahan secara pukal.
Malahan kedainya juga memperolehi tender membuat baju korporat dan uniforam pasukan bomba.

Selain itu, baru-baru ini Kak Gee mendapat tempahan menjahit 500 meter kain kapas yang digunakan sebagai langsing untuk kompleks penempatan mualaf di Jalan Kebun Klang, Selangor yang dikendalikan oleh Pusat Zakat.

Sebahagian tempahan pelanggan yang perlu disiapkan oleh pekerja di Kedai Jahit dan Alter Pakaian Kak Gee.

Sebagai persediaan untuk musim perayaan yang bakal tiba pada Mei tahun ini, pihaknya tidak lagi menerima tempahan orang ramai bermula hujung bulan ini.

Bagi yang ingin membuat tempahan pakaian hari raya bolehlah melakukannya segera sebelum akhir Februari ini.

Untuk persediaan musim perayaan juga katanya, insya-Allah tempahan pelanggan akan berjalan lancar selain diproses sendiri oleh para pekerja sedia ada, bahan-bahan tempahan akan dihantar secara franchais dengan kedai-kedai jahit lain supaya tempahan siap mengikut jadual. 

Para pekerja juga akan bekerja lebih masa.

Sebahagian pakaian tempahan pelanggan dalam proses untuk kemas kini.

Orang ramai yang ingin membuat tempahan bolehlah menghubungi beliau terus melalui telefon  012 53546443 atau melalui WhatsApp pada nombor yang sama.
Sebelum ini, Kedai Jahit KaK Gee juga menerima dua pelajar Giat Mara menjalani latihan praktikal dengan salah seorang daripadanya OKU cacat pendengaran.

Bagaimanapun untuk tahun ini, program tersebut tidak lagi diteruskan.

Untuk masa akan datang, Nor Azizi merancang untuk membuka satu lagi kedai dengan keluasan lebih besar daripada yang ada sekarang bagi aktiviti perniagaan jahitan untuk pakaian secara pukal sama ada untuk jualan atau tender diperolehi daripada syarikat atau agensi kerajaan. - KitaReporters.com

Antara cabaran yang terpaksa dihadapi oleh seorang tukang jahit saperti yang dikendalikan oleh Nor Azizi bila tempahan sudah disiapkan tidak dituntut oleh pelanggan.

Tempahan pakaian di Kedai Jahit dan Alter Pakaian Kak Gee boleh dibuat melalui media sosial WhatsApp dan Facebook.

 

1
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago