Santai 27 Nov, 2019

BILA SUAMI CURANG, SI ISTERI KENA BIJAK, KENTAL

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this
ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi. Kongsi minda, bersih jiwa. : KitaReporters.com


Renungan.

Skandal suami terbongkar?

Jangan emosi, jangan serang

Jangan merayu supaya tinggalkan suami kita

Jaga maruah sebagai isteri...

Apabila rahsia suami berlaku curang terbongkar, mesti sakit hati kan?

Perasaan marah rasa meluap-luap hingga ada yang bertindak menyerang suami di tempat kerja.

Ada yang berani menyerang orang ketiga yang dikaitkan dengan skandal suami.

Selain marah mereka, rasa hormat pada suami turut hilang. 

Hubungan terjejas. Kasih sayang menjadi dingin.

Tapi jangan bertindak seperti orang hilang pertimbangan supaya tidak dipandang rendah.


Memang sakit hati tetapi dengan mengamuk tidak selesaikan masalah.

Kawal emosi. Guna akal untuk menanganinya.

Jadilah wanita bijak dan matang.

Jangan ikut hati.

Memang mudah bercakap dan menulis sedang orang yang menanggung tertekan.

Tetapi jagalah maruah sebagai wanita dan isteri sebagaimana Allah mengangkat darjat kita dengan ujian sedemikian.

Usah bertindak melulu, selesaikan dengan suami secara berhemah dari hati ke hati.

Tak perlu merayu supaya pihak ketiga tinggalkan suami.

Jangan rendahkan diri kita kepada mereka sebab martabat anda lebih tinggi sebagai isteri.

Sangat mulia.

Jika menyerang, mereka akan rasa hebat kerana berjaya merampas hak orang.

Kawal emosi marah, geram dan sakit hati supaya kita tidak nampak jahat di mata suami.


Isteri hebat akan sentiasa tenang dan tidak merendahkan diri pada suami curang.

Jadilah wanita bijak, kental dan rasional dalam melayan masalah.

Kuatnya wanita kerana kelembutannya.

Zaman menangis mengenang nasib sudah berlalu. Bangkit melawan dan pertahankan perkahwinan.

Layanlah suami macam biasa. Selagi boleh sabar, bertahanlah.

Buat apa menyeksa diri dan emosi memikirkan orang yang tidak peduli hati dan perasaan anda sebagai isteri yang sah.

Mungkin suami tersilap.

Mungkin kita juga buat silap

Bagilah peluang kedua kepadanya.

Cuba baiki hubungan.

Bersemuka dan berbincang.

Kita juga muhasabah diri.

Dapatkan nasihat ibu bapa dan kaunseling juga.

Hadap saat-saat sukar dengan solat dan doa. Minta Allah tunjuk jalan dan lembutkan hati suami untuk sedar.

Tumpukan perhatian pada anak-anak, belai emosi mereka yang perlukan perhatian bila hubungan ibu bapa semakin renggang.

Pergilah bercuti dan mencari ketenangan.

Cari bahagia untuk diri sendiri dan legakan minda yang tengah serabut.


Ingatlah...

Jika perlu seseorang untuk berkongsi plihlah orang yang kita percayai. Ataupun rujuk pada orang yang mampu berikan pandangan yang adil dan positif.

Sibukkan diri dengan aktiviti bermanfaat jika jiwa kacau.

Hati yang tercalar kalau terlalu diikutkan, boleh merosakkan badan dan fikiran.

Hati kita milik Allah. Andai rasa sayang masih menebal, berdoalah semoga suami kembali ke pangkal jalan.

Masalah perlu diselesaikan dengan cara yang praktikal dan harmoni, bukan emosi.

Lelaki yang baik akan tahu halal haram dan jelas dengan matlamat hidup. Dia akan tahu di mana Qiblatnya.

Bersedia dengan apa saja kemungkinan.

Reda dan terima keadaan yang mugkin berbeza dari sebelumnya.


Para isteri juga manusia biasa. Tak perlu salahkan diri atau terlalu peduli dengan tanggapan serta kata-kata orang luar.

Belajarlah menjadi lebih baik dari sebelumnya tentang membelai jiwa lelaki.

Andai suami tidak juga berubah ke arah lebih baik, anggap saja perkongsian hidup tidak lagi serasi antara satu sama lain.

Kalian tahu apa yang perlu dibuat.

Bukan cinta suami yang akan bawa kita ke syurga, tapi seorang khalifah keluarga yang baik, yang tidak akan curang dan mempertahankan kesetiaannya.

Tapi siapalah kita untuk menghalang cinta di hati orang lain sebab hati mereka bukan kita yang pegang.

Sekadar berkongsi pandangan untuk renungan.

Semoga Allah tunjuk jalan, untuk sebuah bahagia berkekalan.


❤️🌹 Pernikahan yang berjaya bukanlah kerana kita hidup dengan damai bersama pasangan, tetapi bila kita tidak dapat hidup dengan damai tanpa mereka. ❤️🌹 - KitaReporters.com

19
2
15
0
2
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago