Santai 23 Sep, 2019

KONGSI MINDA BERSIH JIWA: KALAU HENDAK SERIBU DAYA

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this
Assalamualaikum dan selamat pagi. Kongsi minda, bersih jiwa.

Gambar dari https://all-free-download.com/


Renungan.

Yakin dengan kemampuan

Berhenti beri alasan

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Jangan biar rasa takut menguasai diri berbanding keyakinan, karena hal itu akan menghalang kita untuk mencapai kejayaan di masa depan.

Takut biar bertempat.

Jangan sebab takut kita hilang keyakinan.

Kikis perasaan takut...

Gantikan dengan keberanian yang luar biasa!

Berhentilah memberi alasan, segera bangkit dan berusaha membina masa depan yang diimpikan. Fokus dengan apa yang kita lakukan dan jangan sampai merugikan diri sendiri.

Masa hadapan itu bukan ketika kita memiliki segalanya, tetapi adalah saat kita memutuskan untuk melihat segalanya secara sempurna.

Masa hadapan yang disertakan dengan doa, usaha dan tawakal serta keikhlasan dalam menjaga hubungan sesama manusia dan meletakkan hubungan dengan Allah di tempat paling atas.

Tidak perlu meniru orang lain untuk menggapai apa yang dihajati dan nampak baik di mata orang, cukup dengan menjadi diri sendiri.

Jangan biarkan orang lain mengatur kehidupan kita, sebab hidup kita hal kita, orang lain tidak boleh campur dan menentukan hidup dan masa hadapan kita.

Masa hadapan juga bergantung pada impian kita, maka bermimpilah sebesar mungkin dan berusaha untuk menjadikan mimpi itu satu kenyataan.

Ingatlah...

Ketika kamu ingin mendapatkan sesuatu, cuba belajar untuk memberi sesuatu.

Belajar juga menentang arus.

Waktu diibaratkan sebagai emas, jika menggunakannya dengan baik maka akan membawa hasil yang baik. Jika sebaliknya sia sia sahaja.

Terus berusaha mengejar semua Impian masa hadapan yang diingini, dan buktikan kita juga boleh menjadi lebih baik daripada mereka yang telah berjaya.

Ada masa kita harus melihat ke bawah, supaya kita lebih merasa bersyukur dengan apa yang kita miliki hari ini.

Memiliki segalanya tidak menjamin kebahagiaan, tetapi kalau kita mensyukuri apa yang ada sekarang, itu lebih nikmat dan Allah suka.

❤️🌹 Merelakan bukan bererti menyerah, akan tetapi menyedarkan kita yang tidak semua perkara boleh dipaksa. ❤️🌹

0
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago