Santai 31 Dec, 2019

TIKET LEBIH MURAH!! MAILAH NAIK KERETA API ETS

@samadi ahmad
Experience as a Independent Journalist for 20 year, covering various aspect of the news including politics, business, crimes and specializing in Media Events.

Share this
SEKIRANYA di Jepun ada Shinkansen (kereta api laju), di Malaysia kita ada Perkhidmatan Tren Elekterik (ETS) yang diperkenalkan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebagai alternatif perkhidmatan kenderaan awam lebih pantas, selesa, selamat dan menjimatkan. : KitaReporters.com


Bermula 1 Mac 2020, penumpang perkhidmatan ETS  bakal menikmati kadar tambang yang lebih berpatutan apabila syarikat itu memperkenalkan struktur tambang secara fleksi.

Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataan di Putrajaya pada Isnin (30/12/2019) lalu berkata, tiket bagi tambang fleksi berkenaan akan mula dijual pada 15 Januari ini bagi perjalanan ke semua destinasi perkhidmatan ETS antara 1 hingga 31 Mac 2020.

KTMB menawarkan kadar tambang ETS fleksi bermula 1 Mac 2020.


"Pelaksanaan tambang fleksi itu memberi kelebihan kepada pengguna untuk merancang perbelanjaan dan perjalanan dengan lebih baik di mana pengguna boleh mendapatkan tambang perjalanan yang lebih 

menjimatkan mengikut pilihan masing-masing. 

"Sebagai contoh, bagi perjalanan pada musim perayaan dan cuti sekolah, pengguna yang membuat tempahan awal akan menikmati kadar tambang yang lebih rendah berbanding mereka yang membelinya pada saat akhir. 

"Pengguna juga berpeluang menikmati penjimatan berganda menerusi promosi yang bakal ditawarkan dari semasa ke semasa."

Menurut kenyataan MOT itu lagi, pelaksanaan struktur tambang fleksi itu telah diluluskan oleh Kabinet pada 18 September 2019 lalu selepas kajian terperinci diadakan terhadap segala aspek terutama sekali berkaitan profil penumpang dan pengoperasian perkhidmatan ETS. 

"Ia sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memastikan rakyat menerima dan menggunakan perkhidmatan awam terbaik dan terus memilih pengangkutan seperti kereta api sebagai pilihan utama."

PERKHIDMATAN ETS KTMB  lebih pantas, selesa, selamat dan menjimatkan.


Sebagai pengenalan kepada tambang fleksi itu, KTMB turut menawarkan promosi “Seleksi Tempat Duduk” percuma untuk penumpang membuat pilihan tempat duduk tanpa sebarang caj tambahan bagi perjalanan di antara 1 hingga 31 Mac 2020 ke semua destinasi.

Pada masa sama, KTMB masih meneruskan penawaran harga tambang konsesi untuk pesara kerajaan dan isteri, warga emas, orang kelainan upaya (OKU), kanak-kanak 4–12 tahun, pelajar (pemegang kad KTM i-card), polis, tentera dan bomba. 

Perkhidmatan ETS yang mula beroperasi di antara Kuala Lumpur dan Ipoh pada 2010 telah merekodkan seramai 215,000 pengguna  pada tahun pertama pengenalannya. 

Perkhidmatan  yang telah dilanjutkan ke sektor Gemas dan Padang Besar itu kini berjaya merekodkan seramai 3.9 juta penumpang pada tahun 2018, sekali gus membuktikan peningkatan dan menjadi pilihan kepada pengguna.

Antara faktor penyumbang kepada  peningkatan pengguna  itu adalah ketepatan waktu perjalanan yang menepati sasaran melebihi 95 peratus, layanan khidmat pelanggannya serta kemudahan moden seperti sistem kamera litar tertutup (CCTV) sebagai langkah keselamatan.

Tren ETS yang mesra pengguna terutama bagi warga emas dan OKU, di samping juga dilengkapi dengan kafeteria moden serta layanan daripada pramugara serta pramugari. - KitaReporters.com

TREN ETS mesra pengguna kepada golongan  warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

2
0
0
1
1
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago