Santai 05 Jan, 2020

MANUSIA BERPESTA, HAIWAN ZOO JADI MANGSA

@dsa wahab
Bekas wartawan di Kumpulan Media Karangkraf & Akhbar Cabaran Sinar Harian.

Share this
Malam tahun baharu yang disambut penuh kegembiraan pada Rabu (1/1/2020) lalu berakhir dengan targedi dan kesedihan terutama dalam kalangan pencinta haiwan di Barat Daya Jerman apabila sebuah zoo dikenali sebagai Zoo Krefeld musnah dalam satu kebakaran dipercayai berpunca daripada percikan bunga api. : KitaReporters.com

Api yang sangat marak membakar tempat perlindungan haiwan spesis kera dan monyet.


Kira-kira pukul 12.38 pagi, berpuluh-puluh haiwan mati dan kebanyakannya tergolong dalam kumpulan spesis kera, monyet, kelawar dan burung yang hampir pupus.

Pengarah zoo, Wolfgang Dressen berkata, laporan awal kebakaran telah mendapati hampir keseluruhan tempat tinggal spesis monyet musnah terbakar dalam insiden tersebut.

“Antara spesis yang terkorban termasuk lima ekor orang utan, dua gorila yang berusia dalam linkungan 48 tahun, seekor cimpanzi dan beberapa ekor monyet.

“Hanya dua ekor cimpanzi berjaya diselamatkan anggota bomba, tetapi melecur pada sebahagian anggota badan, namun kini berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Pihak bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran.


Manakala, persatuan perlindungan haiwan Jerman meminta agar penguat kuasa mengharamkan penggunaan api di sekitar kawasan zoo, ladang dan kandang.

Pihaknya berpendapat, kebakaran maut itu adalah ‘bukti yang mengerikan mengenai kesan dramatik untuk haiwan’ daripada perayaan ‘tidak terkawal’.

Dalam pada itu, beberapa saksi turut melaporkan bahawa mereka telah melihat sebuah tanglung dibakar berdekatan dengan kawasan zoo itu.

Sementara itu, polis dilaporkan telah menjumpai tiga tanglung sejurus selepas kebakaran, sekali gus segera menjalankan siasatan di bawah ‘kecuaian menyebabkan kebakaran’.


Musnah dalam sekelip mata...


Susulan daripada itu, seorang wanita dan dua anaknya disiasat pihak berkuasa Jerman dipercayai mempunyai kaitan dengan kebakaran tersebut.

Laporan juga ada menyebut ketiga-tiga wanita berkenaan, berusia di antara 30 dan 60 tahun, telah hadir ke balai polis Krefeld selepas mendengar berita mengenai kebakaran itu.

Menurut laporan media tempatan, siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada tanglung kertas yang melayang ke udara apabila dinyalakan, ia berikutan penemuan lima tanglung dengan tulisan tangan di kawasan kebakaran.

Tanglung seumpama itu sudah diharamkan di negara tersebut sejak 2009. - KitaReporters.com

Gorila, antara haiwan hampir pupus yang terkorban dalam insiden itu.


Pelbagai jenis ucapan ditulis oleh pencinta haiwan yang hadir.


Orang ramai meletakkan lukisan dan beberapa jambangan bunga tanda bersimpati terhadap haiwan yang terbunuh.


0
0
4
0
1
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago