Santai 10 Dec, 2019

KASIHNYA AYAH... MATI KESEJUKAN DEMI ANAK

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

KASIH ibu bawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Mungkin itu sesuai yang diperkatakan tentang keikhlasan seorang bapa di Thailand ini yang sanggup menahan kesejukan sehingga maut menjemput dirinya sendiri semata-mata memberi keselesaan kepada anak bongsu perempuannya. : KitaReporter.com

AHLI keluarga meratapi dengan kematian Pasakhong Prasarn Homethong yang berkorban demi anaknya. - Gambar Khao Sod


Kejadian tersebut berlaku di wilayah utara Thailand yang mengalami cuaca sejuk melampau terutama pada waktu malam dan pagi berikutan cuaca sejuk sehingga mencecah 8° Celsius kerana peralihan angin sejuk yang bertiup dari China.

Media Thailand baru-baru ini melaporkan seorang bapa muda dari daerah Wenklong mati kesejukan di rumahnya.

Pada malam kejadian, lelaki yang dikenali sebagai Pasakhong Prasarn Homethong itu telah memberikan kesemua selimut yang ada kepada anak perempuannya dan merasakan dirinya mampu bertahan dalam cuaca sejuk berkenaan.

Dia yang juga seorang bapa tunggal dan bekerja sebagai buruh memiliki dua anak perempuan dan membesarkan sendirian setelah bercerai beberapa tahun lalu.

Pada malam kejadian, Prasarn hanya tinggal berdua dengan anak bongsunya kerana anak sulungnya bermalam di rumah saudara di kawasan berdekatan.

Namun kerana terlalu kasihkan si anak, bapa penyayang itu sanggup menahan kesejukan melampau dengan hanya memakai baju panas berlengan panjang tanpa berselimut kerana memberikan kesemua tiga helai selimut yang mereka ada kepada anak bongsunya.

Bapa tunggal yang bekerja sebagai buruh kasar di daerah Weklong itu bersendirian membesarkan dua anak perempuan selepas bercerai beberapa tahun lalu. - Gambar Khao Sod


Malangnya pada keesokan pagi, apabila anaknya menyapa dan terkejut melihat bapanya berada dalam keadaan kaku serta tidak bergerak.

Dia kemudian bergegas memanggil ahli keluarga yang tinggal berdekatan dengan rumahnya sebelum pasukan perubatan mengesahkan bapanya telah pergi selama-lamanya.

Pihak polis dan doktor kemudian mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia kira-kira lapan jam yang lalu.

Anak perempuannya memberitahu, di sebelah malamnya, dia sedih melihat bapanya tidur meringkuk kerana menahan kesejukan, lalu meletakkan sehelai selimut pada badan bapanya.

Doktor yang memeriksa mayat mengesahkan lelaki berusia 38 tahun itu meninggal dunia akibat cuaca sejuk dan mengalami hipotermia.

Suhu badannya tidak dapat bertahan dan menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk sehingga membawa kepada kematiannya.

Akibat perubahan cuaca dingin di negara beriklim monsun tersebut, tiga orang dilaporkan meninggal dunia akibat hipotermia dan kesejukan melampau. - KitaReporter.com

 Rumah Pasakhong Prasarn Homethong di daerah Wenklong di utara Thailand. - Gambar Khao Sod.

5
1
19
1
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago