MELALUI kegigihan dan kesepaduan kerjasama dalam kalangan ahli-ahli sesebuah organisasi atau badan sekalipun baharu diwujudkan berkemampuan mengendali urus suatu program mahupun aktiviti yang dipertanggungjawabkan dengan jayanya. : KitaReporters.com
Antara pengerak utama Persatuan Amal Lestari Indah, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor.
Ini dibuktikan oleh Persatuan Amal Lestari Indah, Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor yang usianya baru 'setahun jagung'. Ia ditubuhkan pertengahan tahun lalu dan diluluskan pendaftarannya pada Julai 2019 yang antara lain bermatlamat berbakti serta beramal untuk komuniti.
Pertubuhan ini sejak penubuhannya yang diinisiatifkan oleh beberapa orang penduduk di sekitar Taman Seri Indah, Lestari Perdana bergiat aktif menganjur dan mengendalikan aktiviti amal untuk komuniti setempat dalam menyebarkembangkan pelbagai maklumat khususnya berkaitan isu semasa dalam berbagai bidang.
Di samping itu, NGO berkenaan juga menjalankan kegiatan membantu urus dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi ahli komuniti dalam menjalani kehidupan harian mereka.
Bunga telur dan bunga manggar hasil inisiatif ahli Persatuan Amal Lestari Indah antara menjadi tarikan suatu majlis anjuran bersama dengan badan-badan amal lainnya saperti pada Program Khatan Perdana 2019 baru-baru ini.
Antaranya membantu mana-mana ahli komuniti yang menghadapi kesulitan hidup atau kurang berkemampuan dengan memaklumkan kepada pihak-pihak yang dipertanggungjawabkan saperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Zakat atau badan-badan amal mahupun orang perseorangan yang boleh membantu memberi sumbangan meringankan beban dihadapi.
Dengan sejumlah 20 orang ahli yang majoritinya wanita diketuai Pengerusinya, Mohd Rai Paizol Mohd Ramli dengan dibantu gigih oleh Mohd Azmi Othman ( Timbalan Pengerusi), Norsiah Jaharuddin (Setiausaha), Zalzahani Ismail (Penolong Setiausaha), Melor Bahadon (Bendahari) serta tujuh ahli jawatankuasanya sentiasa bergerak secara berganding bahu bersama badan-badan sukarela saperti Persatuan Penduduk, Ahli Jawatankuasa Surau, Pusat Wanita Berdaya (PWB), Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ Zon 19, Perkumpulan Wanita dan NGO atau badan amal lainya.
Antara sebahagian mereka kurang berkemampuan dan warga emas yang menerima sumbangan asnaf anjuran bersama persatuan dan badan-badan amal .
Juga pertubuhan ini sering bekerjasama melaksanakan aktiviti atau program dengan Pejabat Ahli Parlimen Puchong , Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang dan syarikat-syarikat perniagaan dalam menjayakan suatu projek.
Jurucakap persatuan Puan Ariati Saleh yang ditemui pada Rabu (27/11//2019) lalu di Taman Seri Indah, Bandar Putra Permai memberitahu, badan ini diwujudkan bertujuan untuk melakukan kerja-kerja amal dan membantu komuniti setempat dalam pelbagai perkara.
Sebahagian kanak-kanak yang menyertai Program Khatan Perdana 2019 anjuran bersama Persatuan Amal Lestari Indah, Surau Al Munir dan JKP Zon 19 MPSJ.
"Kami juga di persatuan selain itu, dengan kerjasama badan-badan NGO lain akan terus menganjurkan program dan kegiatan bermanfaat untuk komuniti serta masyarakat setempat dalam usaha meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai pelbagai bidang termasuk aspek kesihatan, pendidikan, kemahiran kerja tangan dan isu-isu semasa," jelasnya.
Malahan, katanya, Persatuan Amal Lestari Indah sentiasa membuka keahlian kepada komuniti yang berminat terutama sebagai sukarelawan bagi kerja-kerja amal dan kebajikan.
Beliau yang juga salah seorang ahli jawatankuasa persatuan, berkata, untuk tahun ini sehingga November sahaja beberapa program yang dijalankan dengan kerjasama berbagai pihak termasuk badan-badan amal dan NGO di sekitar Taman Seri Indah, Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, Kota Perdana, Pinggiran Putra dan Taman Equine berjaya dianjurkan.
Ahli-ahli persatuan yang menjayakan Program Hijau dengan melestari bahan terbuang untuk dijadikan sebagai beg hiasan dan kegunaan harian.
Dalam masa terdekat Persatuan Amal Lestari Indah merancang mengadakan Program Back To School bagi membantu keluarga kurang berkemampuan dengan memberikan sumbangan pakaian dan peralatan kelengkapan sekolah anak-anak.
Antara program terkini dijayakan penganjuran persatuan Program Khatan Perdana 2019 dengan kerjasama AJK Surau Al Munir, Taman Seri Indah, JKP Zon 19 MPSJ, Pejabat Ahli Parlimen Puchong, Pejabat ADUN Seri Serdang, syarikat makanan segera McDonalds dan syarikat Syokelat Jogja Double Trable Shake melibatkan sejumlah 46 orang kanak-kanak berumur antara 3 ke 10 tahun pada Isnin (25/11/2019) lalu.
Program yang dianggap antara yang mencabar dan memerlukan kesepaduan kerjasama erat ahli-ahli di mana setiap mereka perlu menyediakan 10 tangkai bunga telur dan bunga manggar selain pembungkusan cenderahati sebagai sumbangan kepada peserta program khatan dalam jangka masa singkat.
Program kali kedua anjuran Persatuan Amal Lestari Indah ini disifatkan suatu di luar jangka dan mendapat sambutan mengalakkan dari kalangan komuniti setempat.
Bengkel kemahiran kerjatangan Decoupage Tudung Saji anjuran bersama persatuan dengan Pusat Wanita Berdaya (PWB) mendapat sambutan diluar jangka.
Aktiviti-aktiviti lain yang juga mendapat perhatian penduduk ialah program kesihatan "Jom Sihat, Jadi Hebat" dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM), Pejabat ADUN Seri Serdang, JKP Zon 19 MPSJ sebagai usaha memberi didikan serta bimbingan kepada masyarakat setempat mengenai aspek permakanan dan penjagaan kesihatan yang betul lagi berkesan.
Program-program lain sumbangan Bantuan Barangan Keperluan Harian kepada 70 orang asnaf dengan kerjasama Surau Al Munir, JKP Zon 19 MPSJ, Pejabat ADUN dan orang perseorangan.Juga terlibat menjayakan program korban dengan menyumbang tiga ekor lembu sempena Hari Raya Aidiladha yang lalu.
Program kesihatan "Jom Sihat, Jadi kuat" yang bermula dari kanak-kanak merupakan antara program bimbingan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Persatuan Amal Lestari Indah diberikan sambutan mengalakkan daripada komuniti setempat.
Persatuan ini turut terlibat menganjurkan bengkel kemahiran kerja tangan Decoupage Tudung Saji bersama Pusat Wanita Berdaya (PWB) kawasan Seri Serdang.
Selain itu, NGO amal ini sentiasa prihatin menguruskan ahli komuniti yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan bantuan dari Pusat Zakat dengan berurusan di cawangan Pusat Zakat Selangor di Masjid Al Muttaqqin, Taman Equine.
Pihak NGO amal ini dengan kerjasama AJK Surau Al Munir, Taman Seri Indah menjayakan Program Korban sempena Hari Raya Aidiladha,baru-baru ini.
"Kami ahli persatuan juga melibatkan diri di Program Hijau anjuran bersama JKP Zon 19 MPSJ, PWB dan Pejabat ADUN Seri Serdang yang diadakan di Giants, Bandar Putra Permai, selain menghantar ahli menghadiri kursus kemahiran membuat kuih tradisonal dan moden selain bengkel-bengkel kemahiran kerja tangan untuk wanita," ujarnya.
Seperti badan-badan amal lainya, NGO ini juga tidak terkecuali memerlukan bantuan dana untuk menjayakan projek kebajikannya pada masa akan datang sebagai usaha membantu komuniti setempat yang bermasalah. - KitaReporters.com
Ahli-ahli persatuan bekerjasama memastikan perjalanan suatu program berjalan lancar dengan membuat pendaftaran dikalangan para peserta yang ingin turut serta.
Puan Ariati Saleh (kiri) bersama dua ahli Persatuan Amal Lestari Indah sibuk menyediakan bahan untuk jamuan pada satu majlis anjuran NGO amal berkenaan.
Ahli Persatuan Amal Lestari Indah turut diberi peluang mengikuti kursus kemahiran melalui bengkel tertentu termasuk bengkel kuih tradisonal saperti membuat aneka kuih talam.