Santai 01 Nov, 2019

TANDA HALAL DI MYEONGDONG.. HATI-HATI!!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this
JIKA berjalan ke luar negara, selain bercuti dan menikmati keindahan ciptaan Ilahi, aspek makanan turut diutamakan. Maklumlah mencari makanan halal di negara asing bukan perkara mudah.



Terkini, ramai masyarakat kita melancong ke Korea, mungkin pendedahan budaya dan rancangan-ranacangan menarik termasuk ikutan K-pop telah membuka masyarakat kita  memilih Korea sebagai destinasi percutian.

Namun ketika dihidang dengan pelbagai hidangan tradisi yang menyelerakan di negara itu, hati-hati! Kerana tidak semua tanda halal yang dipamerkan itu adalah benar.

Ini terbukti apabila seorang rakyat kita yang melancong ke negara itu dan melihat sendiri tindakan licik penjual di kawasan yang dikatakan halal iaitu Myeondong Street.

Pasti penjunjung akan ‘kelabu mata’ untuk memilih makanan kerana kebanyakan makanan di sana mempunyai tanda logo halal. Namun persoalannya siapa yang mengesahkan logo berkenaan!

Seorang pengguna di Twitter, Najib Ayub berkongsi video beliau di Myeongdong Street.

Dalam video tersebut, papan tanda yang memiliki logo halal diletakkan di bawah dan papan tanda dengan gambar menu khinzir tertera di gerai berkenaan.

Menurut Najib, papan tanda halal itu dikeluarkan oleh penjual ketika melihat ramai pembeli Muslim melalui kawasan tersebut.

“Bila dia nampak ramai yang pakai tudung, dia akan tukar papan tanda halal, tapi bila penjual tengok ramai pelancong lain dia akan turunkan papan tanda berkenaan,” ujarnya.

Kisah itu dikongsi 8,700 pengikut, manakala lebih 21,900 yang memberi komen.

Keadaan tersebut jelas menunjukkan penjual berkenaan hanya bersikap pentingkan diri sendiri demi mengaut keuntungan jualan mereka tanpa memikirkan soal hukum yang ditetap untuk seorang Muslim.

Jadi buat mereka yang ingin melancong di Korea, jangan sesekali membeli makanan di Myeongdong secara semberono kerana kebanyakan logo itu adalah palsu.

Peniaga di sana juga terus sahaja cakap halal bila nampak pengunjung yang bertudung.

Sebenarnya, terlalu banyak pilihan makanan di Korea Selatan yang boleh dimakan orang Muslim.

Sebaiknya lakukan kajian sebelum ke sana agar anda tidak terlepas untuk menikmati makanan-makanan halal yang boleh didapati dengan mudah di Korea.

Perkongsian Najib tersebut mendapat banyak reaksi dan rata-rata pengguna menasihatkan supaya pengunjung Muslim lebih berhati-hati.

Malah, Najib yang menggunakan akaun @ian N.A juga menasihatkan pengunjung supaya mendapatkan maklumat tepat termasuk daripada Korea Tourists Organisation Malaysia sebelum menjamah makanan di negara tersebut.

Terima kasih@ ian N.A! denganperkongsian ini.



10
1
0
0
1
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago