Santai 14 Nov, 2019

TERIMA KASIH, MINTA MAAF... 4 PERKATAAN AJAIB

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this
ASSALAMUALAIKUM dan selamat sejahtera. Kongsi minda, bersih jiwa. 


Renungan.

Nilai terima kasih, minta maaf

Hargai, dihargai akhlak terpuji.

Rasa bahagia apabila dihargai.

Menghargai dan dihargai ada kaitan dengan hati dan perasaan.

Mudah sahaja untuk menghargai orang lain. Hanya ucap terima kasih dan minta maaf.

Inilah sebaik penghargaan yang boleh kita buat.

Nampak remeh tapi barokahnya hebat.

Mulut kita berat nak ucap terima kasih bila ditolong orang. Nak minta maaf pun sama, walau kita buat salah.


Menghargai tidak bermaksud kita kena belanja bagi duit, beli hadiah tetapi sebenarnya hanya cukup dengan ucapan yang menyejukkan hati.

Kadangkala kita rasa sedih bila orang buat tak tahu dengan kita. Rasa seperti diri kita tidak bermakna.

Pada hal banyak yang kita bantu.

Memang tolong tak minta balasan, takkan hendak ucap terima kasih pun susah.

Sedih bila segala usaha, langsung tidak dipandang, tidak diingat sama sekali.

Kita macam hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

Kita tolong ikhlas, tetapi penyudahnya, kita dikecewakan pulak. 

Betapa kita sudah bazirkan masa, tenaga. Akhirnya tak dipandang orang.

Terima kasih pun tak ada.


Ingatlah.

Selalulah ucap terima kasih dan maafkan saya.

Sejuk hati yang menerima. Silaturrahim pun terjamin.

Jangan berburuk sangka dengan orang yang membantu kita. Hargai kerja mereka.

Jangan pandang rendah kepada orang yang percayakan kita berbanding mereka yang suka membangga-banggakan dirinya sendiri.

Kita semua sama. Tiada siapa paling hebat.

Buang perangai suka marah orang lain, sedangkan kita tahu mereka tidak bersalah.

Meletakkan kesalahan pada bahu orang lain dan tidak mahu bertanggungjawab atas apa yang telah kita dilakukan perlu dihentikan.

Minta maaf tak merugikan kita, malah dapat pahala.

Usah gembira dengan pujian hasil kerja orang lain kepada kita, sepatutnya kita rasa malu sebab kita jadi macam lembu punya susu, sapi dapat nama.

Yang baik jangan bertangguh

Jom kita belajar menghargai orang lain sebelum kita terlupa. Amalkan mengucap terima kasih dan minta maaf.

Semoga tautan ukhuwah akan semakin erat dalam harmoni dan kasih sayang.

Jika mahu kita dihargai belajarlah terlebih dahulu untuk menghargai orang lain.


❤️🌹 Apa yang kita beri, kita akan dapat balik. Seperti matahari yang pasti menyapa sebaik langit membuka tiraiya. 🌹❤️



2
0
1
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago