Santai 08 Mar, 2020

LANG MERAH PATAH SAYAP, PENYU NANGIS RIANG

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this
DOMINIQUE Da Sylva menghadiahkan Terengganu FC dengan kemenangan bergaya empat gol berbalas tiga ketika menentang Kedah atau Lang Merah di Stadium Darul Aman, Alor Setar,Kedah malam tadi, Sabtu, 7 Mac 2020 . Sekali gus melayakkan Terengganu memperolehi tiga mata penuh dan berjaya melonjakkan kedudukan tangga carta tempat ke-7 di belakang Selangor FA. : KitaReporters


Da Sylva membuka jaringan seawal minit ke-3 ketika permainan baru bermula namun sejurus kemudian pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan hasil gol tandukan Renan Alves pada minit ke-19.

Kedah terus menambahkan jaringan gol menerusi Kpah Sherman pada minit ke-22 sebelum tamatnya separuh masa pertama dengan kedudukan terikat pada 2-1.

Memasuki babak kedua, kedua-dua pasukan bertali arus melakukan serangan balas dengan percubaan daripada pemain Kedah, Kipre Tchetche mencetak gol ketiga pada minit 61.

Skuad penyu bangkit semula menambah gol, tiga minit kemudian menerusi Da Sylva pada minit 64.

Berikutnya rezeki masih berpihak kepada Terengganu apabila Da Sylva memerahkan kudratnya memungut dua gol lagi pada minit 81 dan 84.

Akhirnya, Lang Merah patah sayapnya apabila tidak lagi terdaya terbang tinggi dan hanya mampu melihat pihak Penyu menangis kegembiraan meraih kejayaan. - KitaReporters

Dominique Da Sylva muncul sebagai wira Terengganu dengan menjaringkan empat gol ketika menentang Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah pada 7 Mac 2020. - Kredit Foto: Terengganu Football Club (TFC)

0
3
0
1
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago