Santai 09 Jan, 2020

[VIDEO] KENA LANGGAR... DIA BANGUN BERSILAT!!

@roslan rusly
10 Tahun pengalaman dalam Perhubungan Awam dan Media. Pernah menjadi Setiausaha Akhbar(SUA). Banyak menyiarkan berita-berita dan rencana di portal berita dan akhbar.

0

Share this

DIA mungkin dalam keadaan terkejut selepas berlaku impak hasil daripada pelanggaran yang berlaku ataupun dia melatah. Pening juga memikirkan aksi yang dilakukannya. : KitaReporters.com


Seorang penunggang motosikal yang terus bersilat selepas dilanggar oleh sebuah kereta Perodua Alza baru-baru ini menarik perhatian dan reaksi netizen yang menonton rakaman tersebut yang tular dalam media sosial.

Video berdurasi 1 minit itu menunjukkan seorang penunggang motosikal dipercayai melanggar lampu isyarat merah dan menunggang motosikalnya dengan laju ketika kenderaan dari arah kiri sedang bergerak.

Motosikal tersebut kemudiannya dirempuh oleh sebuah kereta yang datang dari arah kiri.

Selepas berlaku rempuhan tersebut, remaja itu dilihat tiba-tiba berdiri, terus ‘buka langkah’ dan bersilat.


Aksi silat tersebut dilakukan sebanyak dua kali dan kemudian dilihat memegang kakinya mungkin kerana menahan kesakitan sebelum sekali lagi bersilat di tepi laluan berkenaan.

Video tersebut turut menunjukkan dua penunggang motosikal yang lain yang berhenti dan membantu mengangkat motosikal mangsa.

Pengajaran yang paling penting disini ialah patuhi peraturan lalu lintas dan jangan langgar lampu isyarat merah. - KitaReporters.com


You will be interested

BRO.. TAK PERLU HINA ORANG LAIN SEBAB DEPRESI

MASALAH depresi kian meningkat sekarang. Tetapi sebagai seorang manusia yang normal, anda tidak sepatutnya mencemuh mereka yang menghidap penyakit ini

KAT MANA? ADA 137 JANDA DI ''KAMPUNG JANDA''

Di kampung Rotan Batu, ada 137 ibu tunggal di dalamnya, rata-rata kematian suami dan ada juga kehilangan suami akibat ditembak ekoran pemberontakan pemisah
Ahmad Zakki Jilan in Santai 7 hours ago

INUL DARATISTA TULIS "SURAT UNTUK TUHAN"

Pada hari ulang tahun kelahirannya pada 21 Januari 2020, Inul Daratista menulis ‘surat untuk Tuhan’ dalam laman Instagram peribadinya
Fauzan Ahmad in Santai 10 hours ago

KALAU DAH AJAL... MENINGGAL SELEPAS JOGGING

Pemuzik, Faizal Uzir, 46, atau Lok-U meninggal dunia pagi Rabu, 22 Januari 2020, sebaik tiba di rumahnya di Puncak Jalil, Seri Kembanga selepas berjogging.
Fauzan Ahmad in Santai 19 hours ago

EZRA DAN HAEL CIPTA REKOD JIKA MENANG AJL34

Jika lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong, Anta Permana memenangi AJL34, mereka dapat melebarkan rekod memenangi AJL kepada tiga tahun berturut-turut
Ku Syafiq Ku Fozi in Santai 1 day ago
v