Santai 04 Sep, 2019

PANAS: ENAKNYA CAPATI LEBUH QUEEN DI PULAU PINANG

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

SETIAP hari mulai lewat petang hingga tengah malam, Lebuh Queen, Pulau Pinang menjadi tumpuan. Bukan untuk bersantai, berhibur atau membeli belah tetapi untuk menikmati keenakan capati yang sudah 48 tahun menjadi tarikan ramai di situ.

LEBUH QUEEN di Pulau Pinang.


CAPATI panas menanti pelanggan.


Capati bukan dijual di dalam restoran ternama atau kedai, tetapi hanya gerai kereta sorong dengan kerusi meja di susun di tepi jalan untuk pelanggan duduk menjamu selera. 

Selesai berniaga pada malam hari apabila capati habis, biasanya dalam pukul 11 atau 12 malam, kereta sorong akan ‘hilang’ sehinggalah muncul semula esok hari pukul lima petang untuk  kembali memulakan perniagaan.

Usia perniagaan yang begitu lama, ditambah dengan keenakan capatinya, menjadikan gerai capati kereta sorong ini sangat popular dan mencipta nama dalam kalangan penduduk tempatan daripada pelbagai kaum. Malah ia juga menjadi tumpuan orang luar yang berkunjung ke Pulau Pinang.

Jelaslah Pulau Pinang bukan sahaja terkenal dengan nasi kandar atau pasembor, tetapi juga capati, yang dianggap makanan sihat kerana tidak menggunakan minyak waktu dimasak.

Capati Lebuh Queen ini memang lembut dan enak, dengan aroma minyak sapi yang menyegarkan. Tidak hairanlah ia menjadi pilihan ramai, samaada datang makan di situ atau untuk dibawa pulang.

VARUSAI MOHAMED, 'tauke' gerai capati Lebuh Queen.


VARUSAI MOHAMED turut membantu memasak capati.


Menurut pemilik gerai, Varusai Mohamed Rawter Kassim, 72, beliau mula berniaga di tapak tersebut pada 1971 ketika berusia 24 tahun.

Beliau memberitahu, bapanya dahulu berniaga kedai runcit di Lebuh Queen. Tapak di mana beliau berniaga sekarang betul-betul di hadapan bekas kedai runcit bapanya dahulu.

Setiap hari  anak beliau, Aboo Kader menjadi tulang belakang membantu bapanya berniaga, di samping beberapa pekerja lain.

Varusai Mohamed berkata, gerai mula dibuka pukul lima petang sehinggalah capati habis, biasanya  pukul 12 malam.

Kerana ramai pelanggan, terutama menjelang malam, adakala lauk cepat habis sedangkan capati masih ada. Namun pelanggan tetap mahu menikmati keenakannya walau pun sekadar dicicah dengan kuah kosong.

Pelanggan boleh menikmati capati dengan lauk kari ayam atau kari daging kambing, atau daging cincang ayam dan kambing. Daging lembu tidak disediakan kerana pelanggan keturunan India ramai.

Jika pelanggan hendak makan nasi pun ada disediakan, tidak terhad kepada capati sahaja.

CAPATI PANAS sedap dan menyelerakan.


MENIMATI capati sambil melihat kemeriahan 'Little India' di Lebuh Queen.


Gerai capati ini terletak dalam kawasan ‘Little India’, satu kawasan sibuk di Pulau Pinang. Apabila sahaja gerai ini memulakan perniagaan, suasana menjadi lebih sibuk sehingga berlaku kesesakan.

Ini kerana ketika banyak kenderaan memasuki kawasan berkenaan, banyak pula kenderaan pelanggan  yang datang untuk makan capati cuba mencari parkir berdekatan. Akibatnya pergerakan lalu lintas jadi perlahan.

Namun ini senario biasa di Lebuh Queen. Dalam keadaan sesak atau susah mencari parkir, pelanggan  tetap ramai datang menikmati capati kegemaran mereka. Siapa awal akan lebih mudah dapat parkir dan tempat duduk.

Anda perlu merasai sendiri capati Lebuh Queen ini untuk mengetahui keenakannya. Jika sudah merasa, sekeping mungkin tidak cukup. Tambah lagi dua tiga keping.

Justeru jika anda berkunjung ke Pulau Pinang, jangan lupa singgah menikmati capati Lebuh Queen. Rasa enaknya akan mebawa anda kembali ke Lebuh Queen setiap kali berkunjung ke Pulau Mutiara.

PUSINGAN pertama capati sudah habis. Mungkin perlu memesan lagi.


CAPATI dimasak tanpa menggunakan minyak.


SEBAHAGIAN pelanggan khusyuk menikmati capati.


BERBARIS menunggu pesanan untuk dibawa balik.

6
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago